Sunday, October 30, 2011
halau habuk skit.skit
Thursday, June 2, 2011
antara a dan b
Tuesday, February 15, 2011
berkurun lama
uishh kesian ngan blog ini…telah dibiar terabai sepi..
kalau laman rumah mak aku ni..dah penuh ngan kemuncup ngan rumput yang meninggi..
lau rumah aku kat puchong tu..dah leh main cap2 tapak kaki..
huhuhuhu..
agak busy lately..settlekan apa yang patut sebelum memulakan hidup baru sebagai kuli di tempat orang..merantau lagi..
esok start lapor diri..hope everything gonna be ok bebeh…
nanti bila life da stabil..(eceehhhh) akan aku tebas segala lalang di sini…
till now…Adiossssssssssss
Thursday, December 30, 2010
balik kepada alam semulajadi…
bila kebosanan tak tahu nak buat benda…mula la tergedik2 memujuk untuk jd teman daki bukit broga..hampir 3 minggu memujuk..maka pujukan aku berjaya juga last sunday!! dengan semangat waja dan kental..dan juga muka yang excited nak menujuk puncak..bertolak dalam kol 8pg..
muka budak excited yang tak tahu seksa yang bakal dilalui…
dari jauh nampak pemandangan yang cantik..mau ajar berkhemah disitu sepanjang tahun…lawaaaa
sebelum mula mendaki…owh 1.7 km je..apadahal… tak jauh pon… aku mampu naik dengan fit nye kata diri dengan bongkak!! baru 15 minit mendaki…hamikkk kau…pancit di tengah jalan..tula tuhan mara cakap bongkak!!!
oh masih jauh lagi ker????apa ada 4 puncak perlu didaki..ni belum sampai puncak pertama…
akhirnya berjaya sampai ke puncak paling tinggi di dunia broga hill..tengok sampai tercabut tapak kasut budak ini ketika mendaki…kesian!
penat lelah penderitaan telah terbalas dengan menikmati pemandangan sebegini!!!
terima kasih yer..teman kan mek puding saya mendaki broga dengan jayanya
lepas mendaki..alangkah seronoknya dapat berendam merehatkan sendi2 yang overtime ini…maka tiba la ke sini
muka budak yang tak reti-reti penat..dah di ajak pulang pon tak mahu..dah kena ugut nak kena tinggal baru mahu pulang…huhuhu!!
Thursday, December 23, 2010
hari yang malang
hari ni..terlebih rajin pagi2..bangun pagi2..
teringin pakai baju kurung…pastu siapkan bekal tok perut di ofis…
mula la melenggang kangkung ke kereta…
dengan gaya mutu dan keunggulan…tekan alarm kereta…
tapi kereta tak unlock…dalam hati dah mula merungut..pulak da alarm ni…nak nyumpah seranah da ni…
10minit kesabaran..tekan2 tak buka2..then ketuk2 alarm..kononnya nak bagi bateri alarm charge..sapa ntah ajar gitu???
tekan lagi tak buka2..mula la kelam kabut..jam dah pukul 945…meeting pukul 11…
mula la nak menangis..lalu hp dicapai..mengadu pada yg patut…di beri sedikit semangat untuk mencuba lagi…
tiba2 ada jeritan diatas…jengah2..akak busybody jerit
“dik, ko tak ttp lampu kereta ke smlm??”
“yeke??”lalu mengintai2 kedalam kereta…
pulak dah….dari petang semalam dia menyala..memang la tak leh nak buka..bateri kong dah ni….
mula terasa mau menangis…hp diangkat..tepon pada yang boleh bantu…
lalu di rescue oleh oyuki…dan hari ni oyuki jadi hero penyelamat dunia…
1st time bawa oyuki…enjin mati ntah berapa kali..malu tak yah ckp la..sib baik tak de ajak racing..ahahaha
sampai ofice..ingatkan boleh la bernafas lega dalam aircond..tapiiiiiiiiiiii electricity tak da…
malang kan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!111
sabar jelah…….haishhhhhhhhhhhhhh
Friday, December 10, 2010
Anak ARTIS
A quick conversation between abang boy and me bout football match..
me: kenapa malaysia kalah gitu ngan indonesia..
boy: tula sapa suruh asik nak harap laki artis je
me: tunang artis kan ada?
boy: tu lagi tak leh harap
me: but artis cakap dia orang hebat
boy: itu sebab dia belum tengok anak ARTIS main lagi..
me: erkkk perasan la ko!!!
hahaaha..maybe korang tak paham..but who closed to my family will understand this joke..cause i alway used “anak ARTIS” bila gurau ngan orang gak..hahaha…
then people will terpinga-pinga percaya atau tidak je..and i will walk away proudly from them…lol
Wednesday, December 1, 2010
doorgift kahwin
sekarang ni musim orang kahwin kan…aku pon tahun ni dah berapa puluh majlis kahwin dah aku jejak…pecah rekod beb!!!sebab sebelum2 ni..boleh dibilang ngan jari tangan…tak sempat nak sambung ngan jari kaki lagi dah masuk tahun baru..tapi tahun ni..kena jadi driver mak kan..bawa pergi majlis kahwin orang bila abah busy..so conclusionnye..gemuk makin gemuk la aku ni….hehehehe
aku pergi majlis orang..pertama aku tengok makanan depa..hehehe..time2 camni lah nak makan nasi minyak kan…time lain susah jumpa..tapi bukan aku nak cerita pasal nasi minyak ni…aku nak cerita pasal benda kedua ni…
benda kedua aku tengok mestilah doorgift..atau kat kampung aku orang panggil “berkat”..kalau zaman dulu2 semua pakat bagi telur rebus..mak aku cerita..time kecik2 dulu..pakat kumpul telur rebus orang kahwin yang nenek aku bawa balik..pastu buat lauk esok hari..yela mak aku orang susah…tapi sekarang kalau orang bagi telur..budak2 main campak2 sahaja…tak pandang depa telur ni…
sekarang trend bagi cenderehati bagai..macam tuala sapu tangan yang dah dibentuk2 jadi comel, bagi cawan la…bagi kipas la..macam2 kan…aku actually suka je dapat doorgift ni..excited nak lihat apa benda orang bagi..tapi sayang gak la… tak semua doorgift yang berbentuk cenderahati ni..berguna..macam pembaziran yang berganda..
beli doorgift mahal2 dah membazir kan..dah tu orang tak leh nak pakai..berganda la pembaziran kan…macam tuala kecik tu..aku kalau dapat..buat penuh almari solek je..pastu nanti ilang main dek budak kecik..nak guna..tp dah kalau lipat comel2 pastu letak gam gajah…tak ke haru aku nak buka guna..aja berlubang tuala tu..
tak pon orang bagi cawan..aku sangat suka!!!sebab aku leh guna nak minum..tapi kalau kasi cawan comel2 kecik ala2 cawan teh jepun tu..buat perhiasan jela..dah tak terlarat nak sumbat dalam almari display mak aku..dah penuh…
haritu aku dapat placemat..tapi 1 je setiap orang..usually orang pergi berdua..so dapatla dua placemat kan..tapi sayang..aku dok simpan je dalam almari lagik!! sebab tak cukup nak guna letak kat atas dining table…rugi kan..kalau nak wat candle light dinner nanti boleh pakai kot..hahaha…
so aku rasa kalau nak bagi doorgift bagi la sumtin yang berguna supayan pembaziran tu tak la double bazir kan..hehehehe
p/s: aku suka doorgift maya karin dulu..bagi mentol lampu..memang orang kutuk..tapi atleast lampu terbakar boleh gunakan…heheheh
Wednesday, November 24, 2010
im so stupid
kali ni aku rasa…aku buat sumtin stupid..agak keterlaluan bagiku…dan terasa sangat2 la diri ni begitu bodoh…
terasa sungguh nyesal la pulak..tu orang tua2 cakap..terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata…nak tarik macam mana wei…
aisehhh…jadi serba salah aku ni hah…gara2 cemburu dan jeles..sampai tak reti nak pikir baik buruk..tindak melulu je…
camne lah tak leh nak fikir akibat..mau ada salah faham lak pasni…
adehhhhhhhh…right now..hati debar2..kena mintak maaf cepat ni…hukhukhuk
mood serabut dan tak sihat..dan mood pungguk merindukan bulan
Sunday, November 21, 2010
3 minggu lagi
aku tak tau..mana datang kekuatan tok kali ini…
this time around..aku rasa aku lebih matang menghadapi situasi begini..
which aku lebih tenang dan selesa…tidak seperti dulu..menggelabah..tak senang duduk mcm kucing mati anak,..
dan aku tahu..aku mampu untuk laluinya untuk 3 minggu yang mendatang..seperti yang aku dah berjaya tok seminggu ini…oh tangga barat..cepat la ko siap
dan aku still harap..ia tak kan menjadi 3 mggu..harap sangat2 ia lebih pendek dari ituuuu!!!!!!!!!!!
p/s: dollah rindu sangat pada oyuki..ayat double meaning. :)
Saturday, November 20, 2010
kekasih dollah <3
saja je nak kasi tau…
dollah dah ada girlfriend baru…
which is bukan dr malaysia..
huhuhuhu..aku jeles….
nama dia oyuki…asal dari japan….
sekarang dollah tak kesunyian lagi..
kaknam suka!!!!!!!!!!!!
Friday, October 29, 2010
potong air…
aishh…
apartment aku ni ada problem lak sekarang ni yerk…
lewat petang semalam
on the way balik ke rumah…
terasa lain macam…ingin sahaja sampai ke rumah waktu itu gak…
sebab aku tak tahan mahu membuang air kecil…
damn..time kat ofis tak de lak dia nak membuang..
solution??
singgah petrol pump, cari tandas??
nop!! aku jenis sanggup tahan sampai ke rumah kalau tandas yang aku masuk tu tak mencapai standard piawaian kebersihan aku…mana2 pergi tandas la aku titik beratkan…lau kotor..memang spoil the mood leh kena batu karang pastu tahan nak membuang…
so terpaksa la pecut balik rumah…
dan2 lak time sampai ke simpang entrance apartment tu..ada sekatan jalan raya..damn..lagi 1 hal..tak penah2 orang tahan kete depan apartment..dah hired new guard ke??
berderet kereta..aku lak dah terkepit2 sopan bawak kete…rupanya2 depa bg notis..SYABAS dah potong bekalan air..pulak dah…
perasaan??
mahu nangis jam tu gak..kalau dah potong..macam mn aku nak membuang wei….tensen sungguh..tapi stil mengharap..naik rumah..campak beg..campak kasut..masuk tandas..bukak paiip…
fuhhhhhhhhhhh lega…air ada…tak kena potong pon..
kuar tandas baca balik notis…mmmm malas nak layan la…tengok air ada je…
bikin saspen jer la notis!!!!
Wednesday, October 27, 2010
im just afraid
kata orang tak ketemu kejayaan jika tak lalui kegagalan
bila seorang kawan cuba untuk menjadi orang tgh bg mengenalkan aku dengan kawannya yg lain..aku terima dengan hati terbuka..kerna bagi ku..kawan biar seribu..musuh jgn dicari..
namun injak masa perkenalan..aku menjadi takut..takut untuk terus berkawan..jika suatu hari nnt persahabatan ini membawa 1 perasaan lain…
dan sebenarnya aku takut untuk mengharap lagi..takut untuk membuka peluang untuk diri dan sesiapa sahaja yang berkenaan merasa perasaan itu…
ye! org cakap tak cuba tak tau..tapi aku masih tak berani untuk mencuba dan mengambil resiko ini…
aku harap selama permergian dia untuk beberapa ketika ni..buat aku lebih bersifat neutral dan bersahaja sebagai seorang kawan
Monday, October 25, 2010
Ya Allah
love this song..untuk renung-renungan dikala ditimpa musibah
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Tuesday, October 19, 2010
cikgu ku
bagi aku…ada tiga jenis cikgu dalam mengajar tentang kehidupan..
- cikgu yang mengajar melalui pegangan dan prinsip..sbg contoh..dia ajar hormat orang tua..agar hidup diberkati..itu pegangan dia…dan tak penah dia langgar!
- cikgu yang mengajar melalui pengalaman dan teladan..bagi cikgu ni lak..dia suatu ketika dulu pernah jadi anak derhaka..dan sengsara sebab tu..so dia ajar kita utk tidak ulang sikap dia
- cikgu yang mengajar melalui prinsip tin kosong..ini pulak ajar hormat orang tua..sebab harap yg muda lg hormat dia..tapi dia sendiri tak hormat yang lebih tua..
antara tiga cikgu ini..aku hanya mahu menuntut dengan yang pertama dan kedua sahaja..dan aku paling banyak buat reference dengan cikgu kedua sebab dia lebih memahami situasi itu untuk buat aku yakin akan sesuatu..
fuhhh..abis dah berfalsafah…saja je aku nak bebel pasal cikgu ni..sebab aku bosan dan meluat..sebab ada orang ajar aku untuk berjimat cermat…beli barangan tempatan..fikir untuk masa depan..tapi diri sendiri bila bershopping resit mengalahkan yellow pages..yang kalau window shopping tak pandang barang buatan tempatan..paling azab..semua mahu dari oversea..tak kisah la dari negera sebelah pon takpe..asal oversea…tin kosong je wei orang ni..umpama KETAM AJAR ANAK BERJALAN!!!!
Je suis affamé
im starving for bubble milk tea…
dok terpikir2 pasal milk tea sampai terganggu kerja…tapi aku sungguh malas nak menapak ke mines atau warta untuk beli milk tea..maybe tunggu blk melaka this weekend..beli kat RnR seremban tak pun kat dataran pahlawan…..eh mula dah nak membebel..ok2 cerita balik…
i hate milk tea since i kenal dunia was small..
but this one the only exception..
maybe sebab dah ditambah dengan flavour lain..so rasa milk tea yang pahit tu dah kurang..
dan yang paling utama black pearl tu yang menambat hati aku..
lagi banyak banyak black pearl lagi tambah yummyyyyy!!!!
my choice mestila chocolate takpun yam..bila boring dengan milk tea..tukar lak ngan ice blanded..yang penting black pearl tak tinggal..
sebenarnya aku ada rahsia pasal milk tea ni..dulu masa mula2 kenal milk tea ni..sangat la jakun..sampai aku terpikir black pearl ni adalah sama dengan bubble2 yang ada dalam pasu bunga atau pokok hiasan di atas meja makan…
cantik kan bubble dia warna warni..beli biji2 kecik..rendam dalam air..then kembang jadi bubble dalam pasu tu!!
nasib baik masih berfikiran waras tak pergi ngap bubble dalam pasu bunga..sungguh bangang inesen kan..ok!!!tolong simpan rahsia saya!! ingat biar pecah dimata jangan pecah dimulut…
sebelum sambung kerja…nak bagi trivia hari ini:
black pearl atau pon bubble ni sebenarnya nama dia tapioca pearl..dan juga dikenali as starch ball…dan boleh didapati di kedai2 menjual alat2 menjual kek atau supermarket2 yg terpilih jika terasa nak buat bubble tea sendiri…
sumber-sumber gambar: pakcik google
Wednesday, October 13, 2010
harga nyawa hanya rm1000
101010…orang sebok nak tengok persandingan kayangan Dr SMS and Dr halina…dah jadi isu semasa dah wedding dia orang sampai hampir setiap hari surat khabar..forum..facebook status sehinggalah rancangan tv cerita pasal dia orang kan..
tapi rupanya..start je petang 101010..persandingan tu dah tak jadi berapa semasa…orang sibuk cerita pasal kemalangan dekat plus highway kat simpang ampat…
sungguh kesian and rasa pilu bila tengok kemalangan yang sebegitu ngeri skali…ni semua gara2 bas yang dipandu laju..
aku ni memang jaki sikit banyak dengan bus ekspress ni (mentang2 lah dah tak naik bus ekspress)..cukup2 menyampah dengan sikap pemandu kat tengah2 highway…mentang2 la bus tu besar..dan dollah aku kecik…suka sangat nak cucuk2 aku even aku dah bawa laju melebihi had laju..siap bg hon n highbeam lg..padahal bus hanya blh bawa 90km/h..even kadang aku bawa kat fast lane di cucuk nya..dah bawak kat the slowest lane pon dicucuk nya..tak pikir ke berapa nyawa dalam bus tu…
dan tadi aku baca pape syarikat bus tu bg sagu hati rm1000 kepada mangsa yang meninggal dunia…mungkin untuk meringankan beban..tapi bagi aku..untuk keluarga ni..rm1000 tu mungkin dalam situasi ini hanya 10sen jer…ni nyawa beb..nyawa…even dibayar sejuta pun dah tak bermakna..
cuba bayangkan yang meninggal itulah yang akan mengubah nasib keluarga..tak pun ibu bapa yang selama ini menanggung family..aku tau cliche benda ni..tp kenyataan..rasa2 cukupkah rm1000 tu untuk tanggung family tu selepas ini..cukupkah rm 1000 tok ubah nasib keluarga dia orang…aku lihat seolah2 1 nyawa tu hanya rm1000..
bab camni ada kawan aku selalu pesan..nak buat jahat buat la..jgn nak susahkan orang lain..kalau nak mati..pergi mati sorang2 jangan bawa orang lain skali…aku tau kasar..tapi betul apa dia ckp..ni sebab kecuaian dreber bas…orang lain pun terlibat sama jadi mangsa…
lepas ni mula lah NGO, ahli politik, segala mcm orang suggest mcm2..implement tu..implement ini…tapi aku percaya…tunggu jela tahun depan..suggestion tu hanya tinggal suggestion..dr 100 suggestion mungkin tak sampai 10% dilaksana..tapi lama2 hal lama macam ni berbangkit balik..bukan tak pernah berlaku musim bus kemalangan…macam segala mak nenek keluar suggestion tapi tak nampak pon improvement..aku tengok bus semakin raja di highway….
eh panjang lak aku emo arini..tapi tulah tepuk dada tanya la dreber2 bus..berapa banyak lg mangsa dia nak…baru nak paham dia di amanahkan untuk membawa nyawa orang..bukan anak patung!!!
Friday, October 8, 2010
** geram **
** mood geram **
** minggu lepas maybank2u **
** arini lak yahoo email **
** esok apa lagi **
** semua mahu di block **
** ok sudah lepas geram **
Wednesday, October 6, 2010
mengapa tak pandai masak??
nak tau tak sebab saya tak berapa pandai masak???
sebab masa kecik2 tak ada alat permainan masak2 seperti ini…
sungguh comel!!!! terasa mahu jadi kanak2 balik!
Thursday, September 30, 2010
i have a confession to make
i miss this guy when i saw his picture..
i excited when he smile and laughing when listen to my “mulut becok”…
i melt when he starring at me…
i think i fall in love once again…
i heart this handsome cute guys
encik rayyan..
and now he start to smile…
see how happy he is..
wait..u need to see this…he laughing when i talked to him..macam orang dah ada gigi!!
raya = makan
setiap kali raya..mesti ada drama swasta berlaku..
tahun ni pon sama gak..ada je drama swasta..but since aku pon takmo ingat drama swasta tanpa bayaran tu..maka tak perlu lah cerita kan…
kita cerita je lah yang best2 pasal raya…
raya kali ni agak berbeza..since arwah nenek dah tiada..dulu time pepagi..sibuk lah kami adik beradik siapkan nenek sebelum siapkan diri sendiri..mandikan..pakaikan baju raya..dandan kan dia…so kali ini siapkan diri sendiri..akak pon dah ada suami..lain la kan raya this time..
tak banyak aktiviti raya ni actually since cuti tak lama..selain makan makan dan makan..sampai turun naik 2 kg..sedih!!!then naik cuti pergi conference..so tak banyak nak cerita…so kita cuci mata jela ek!!!hahaha best la sgt cerita raya ko ard!
sebelum beraya kena amik gambar gedik dulu..ni aku amik masa almost 30min nak letak eyeliner..hahaaha..jangan pelik!!!
next baru boleh amik gambar ayu sambil dikurangkan keayuan oleh si emy..
since dah tiada bibik kat rumah..terpaksa guna selftime..dan inilah hasil gambar di pagi raya sebelum kelam kabut pergi beraya rumah nenek!
raya kedua lak..kita buat bbq!!hehehe..kumpul lagi bersama keluarga…meriah!
menu bbq: nasi lemak, ayam, sosej, ikan, udang dan juga daging rusa..ini semua segar dari tawau since abah ke tawau sblm raya..asal pergi tawau je..mesti borong seafood and daging rusa..and cuba teka menu rebutan semua..tentula daging rusa!!sedap!
then raya ketiga pula beraya sesama kawan..ini pon tak dirancang..since malam raya kedua semua ckp cancel..tup2 tengah melantak kat open house yb..diorang cakap nak amik!
biasalah ahli wajib nak cukupkan korum..tak da aku tak lengkap wei….
ni jela orang2 nye dari reramai2..sadisnya!!
tu jela kot rentetan raya ku..oh lupa..raya ke empat lak kenduri rumah makcik..makan sate celup..dan berakhir raya aku sementara..tapi disambung lepas conference dengan attended open house sini sana..maka terjawabla kenapa aku naik 2 kg…
pape pon..walau dah nak hujung2 raya…still aku nak wish..
SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN KAT SEMUA…