Wednesday, March 10, 2010

peringatan buat diri..

kadang2 bila kita lakukan sesuatu…

kita lupa yang Allah sentiasa melihat perbuatan kita..

kita lupa setiap perbuatan pasti ada dosa dan pahala..pasti ada balasan..

kita lupa akibat di kemudian hari..

dan bila kita dah sedar semua itu..

its seem too late..terlajak perahu boleh di undur..terlajak kata/perbuatan?

menyesal di kendian hari..

apa yang boleh dilakukan..mengharapkan keampunan dariNya

dan belajarlah dari kesilapan lalu…

Tuesday, March 9, 2010

the hardest word….

teringat lagu sorry seem the hardest word…rasa mcm nak nyanyi lagu tu all day long..hahaha tapi aku nak tukar lyric sket..nak tuka no seem the hardest word to say…

yup..aku ni ada problem..jadi lemah dan lemau bila nak cakap no pada orang lain..aku jadi melted macam aiskrim melted kena panas matahari..mcm lilin cair kena api..macam biskut kering yang lembik bila cicah teh lelama..macam meggi yang kembang bila rebus lelama..bila dgr suara kecewa..ayat kecewa..or perasaan sedih org lain bila aku cakap no…

even aku tau..bila kadang2 aku say yes…aku sendiri yang akan sedih..akan rugi..akan jadi busy..akan pokai..tak kisah la apa2 pon..tapi untuk cakap tidak tu susah bagi aku..

contoh nye..walau aku pokai..then membe ajak kuar..mula2 aku tolak..tapi bila dgr suara kecewa..then pujuk memujuk..aku jadi melted..cair secair2nya..dan terus la aku setuju walau pastu aku ikat perut sebab aku sudah pokai..tapi when look at the positive side..aku leh diet…kurangkan lelemak aku…

aku tak tahu la camna nak overcome aku nye sindrom ni…waalau hati aku kuat menjerit siap pakai mikrofon lg nak cakap tidak..namun mulut aku dgn slow nye cakap yes..yg pelik nye..org hanya dgr suara dr mulut aku..yg hanya 10db sound..dari suara hati ku yg 100db tu…

tolong..tolong..sapa boleh tolong aku sebelum jadi kronik ni…

Friday, March 5, 2010

bila bosan tahap badak sumbu

bila connection internet buat ragam macam baby umo 3 hari..asyik disconnect je..mula la bosan tahap cipan..kesian cipan..asik dikait kan dgn kebosanan aku..meh tukar lak..bosan tahap badak sumbu…so aku pon mula lah terpikir or mengimaginekan( mana ko belajar tatabahasa rojak ni ard…fail betul) benda2 yang susah tercapai oleh akal ku..

ini semua gara2 aku berborak ngan satu kenalan baru melalui phone..hahaha poyo la ko ard…tiba2 terlintas lipas didepan aku..hah jangan ingat rumah aku kotor and bersepah ok!aku baru je kemas rumah..siap sapu and mop lagi time tu..siap guna pencuci serai wangi tu nak mop lantai..eksperimen kat rumah mak aku..berjaya menghalau segala lipas..tapi eksperimen kat apartment aku asik gagal je…kazen aku ckp rumah apartment ni..leceh sikit..kalau rumah kita bebas lipas..tapi rumah atas bawah kiri kanan depan blakang kotor..ada byk lipas..maka dia akan panjat pergi rumah kita gak..teori ni mmg aku suka nak sedap kan hati aku bila eksperimen aku gagal!!

so dek kerana lipas tu jalan ala catwalk gedik depan aku..nyampah sey tgk lipas tu!!!!aku pon terus la tanya membe tu..ada tak semut lipas cicak dekat pelantar minyak..kalau ada camna they all sampai sana…berenang ke..adakah diaorg boleh survive tanpa dibaham ikan jerung..ikan buntal..ikan tuna..ikan salmon..ikan nemo..hahaha…jawapan kawan aku tidak ada!!!

so aku pikir..pasni aku nak buat rumah kat tengah laut..agar tiada haiwan2 bajet ala model nak jalan penuh gaya mutu keunggulan depan aku setiap kali lepas aku kemas rumah..huh!!

Thursday, March 4, 2010

punca kuasa[penat kuasa dua]

exhausted…

thats all what can i said rite now..kepenatan sgt2…

still trying to accept the truth that my granma already passed away..prepared for my sis wedding..trying to much to lost some weight..tried to finish my paper…work..work yang never ending..and hectic life…

arini je..sangat kelam kabut..late for work..then misplace my watch(actually jam mak aku..pinjam je..tapi muka xmalu xreti nak pulang2..so menggelabah la bila jam hilang kan)..menggelabah masuk office..ingt tinggal kat ofis..tapi kecewa..blk rumah kerna da cuak gila..aku selongkar rumah sampai mcm kapal nak karam baru jumpa..then pergi bank.rushed blk uniten..ada meeting..then came back from work..kemas umah yg berselerak..lastly aku tgk berita..

sayu hati aku weiii..mcm mana aku rasa penat exhausted ngan life aku…tu juga la aku rasa penat dan frustrated dengan manusia..kejam!!!! mana pergi erti kemanusian..suka suki je nak aniaya orang..dera orang sampai hilang nyawa..well what can i said…all of the abuser ni…dayus..bacull..tak de telor…

aritu baru je kecoh psl budak kecik kene blasah kt padang sampai meninggal..yang aku pelik..orang yg main kt situ..especially yg main bola tu tak reti ke nak fight for that child..ni dok rayu kat tepi..aihhh xkan la all the jantan kat padang tu lembik sampai xle nak lawan ngan jantan keparat tu sekor..tak paham aku….

ni lagi satu cite..baru keluar berita tadi..indian boy..mati kena dera ngan pengasuh..tak silap aku psl dia tak berhenti nangis..(not so sure sbb aku sibuk kt dapur time tu) yg sedih bl ayah dia ckp post mortem ckp yg mcm2 la sampai tulang patah 6..tempat kencing pon kena picit..

sayu ati ni…bila manusia nak jadi lebih berperikemanusian..takut aku dengar benda2 mcm ni…penat aku la aku dgr berita2 macam ni..kalau kuat sangat..pergi jela lawan ngan mike tyson..ke the rock ke..tripple H ke..khali ke..john cena ke..baru tahu sapa lagi kuat…ni lawan ngan budak kecik..konon blh la tunjuk kebadangan ko..tapi yg serlah kebangangan je…

penat dahhh menaip…tata nak tido dulu..

Tuesday, March 2, 2010

facebook

dulu aku tutup dah sekali account facebook aku…

sebab byk sgt la notification mengarut2 orang hantar..time dulu tak silap aku..orang sgt2 la rajin buat kuiz bagai..pastu tag membe2 buat kuiz tu..dengan internet slow tahap siput di hostel aku 10tingkat tu..nak loading log in fb sempat aku exercise memecahkan lemak daki anak tangga ke tingkat ke 10..so conclusionnya..mmg aku tak buka fb..skali buka bl aku pergi blk kg…perghh tak terlarat dah aku nak mendelete bagai segala notification…

akhirnya telah di paksa atiah..aku closed that account dan buka account baru…nak kumpul blk kwn2 aku n sng nak keep in touch.dgn gunakan berukband aku ni..boleh la aku bermain fb selalu..namun..sekarang ni aku pon terpikir2 nak closed dis account..aku naik bosan la wei..orang asik post crappy thing kt wall aku..hug sana la..hug sini la..pukul pakai bantal la..batu la..

the worst thing skarang..ramai la dok promote mcm2..suruh click itu la..ini la..bkn aku xsuka..but juz bgtau 1 kali sudah..no need to tell me so mny time..abis inbox aku…aku baca..tapi kalau aku tak amik action dgn msg korang tu..no need to send me another msg to my inbox or my wall..thats mean aku mmg x interested to take any action…

yang lagi aku tak tahan sampai aku dah block certain orang punya new feed psl asik promote they all dapat duit menggunakan fb..kejap2 cita dapat byk ni..kejap2 cita dpt byk tu..bukan aku jeles..aku tak interested pon dalam skim mcm tu..i dont noe benda tu apa benda coz i never asked them how they get money just by log in fb…yg aku sure mesti diorang kena cari orang tuk join benda ni and the money akan pusing dan dari situ la diorang dpt duit..aku tau they buat status fb gempak2..duit masuk byk2 juz nak attract orang ramai untuk join them…so income diorang tak kan putus..its similar to mlm..

so aku rasa sekarang…fb dah tak seronok…rasa dah tiada privacy dah..asik kena spam memacam je…now tgh berkira2 nak diactivate my account or not..hurm…kalau dulu fb dunia ku..celik mata fb..nak pejam mata pon buka facebook..now aku tak kisah tak buka fb da..kecuali nak stalker orang..hahahaah shhhhhhhhhhh dont tell anyone…this is my secret

Friday, February 26, 2010

khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W

12 Rabiul Awwal 1431H, tanggal kelahiran Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W..yg membawa sinar islam..kita menjadi umat2 yang disayangi oleh baginda..Sampai pada penghujung hayatnya..xlekang baginda mengingati umat2 baginda..Ummatii-Ummatii (ummatku-ummatku) membuktikan betapa cintanya Rasulullah pada kita..namun adakah kita mencintai Rasulullah dan amalkan segala yg diajarkan dalam menjalani kehidupan sebagai umat Islam..mencintai sahaja tidak mencukupi jika kita tidak melakukan sunnah Rasulullah..so sama2 la kita hayati khutbah terakhir Rasulullah dan praktikkan pesanan baginda dalam kehidupan kita..khutbah ni aku dapat dr email sorg lecturer..so aku rasa its good to share with others..sharing is caring kan…

 

clip_image001

“Bacalah: Dengan nama Tuhanmu yang Menciptakan, Yang menciptakan insan (manusia) dari sebuku (segumpal) darah (beku); Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar insan melalui (perantaraan) qalam, Yang mengajarkan insan apa yang tidak diketahuinya.” (Surah al-Alaq 1-5) - Wahyu berupa Ayat Pertama yang diturunkan oleh Allah SWT menerusi Malaikat Jibril A.S. di Gua Hirak

(ANTARA ISI PENTING YANG DIPETIK DARI KHUTBAH TERAKHIR (KHUTBAH WIDA') NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW - disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.

clip_image001[6]
“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida'

AMONG THE IMPORTANT CONTENTS FROM - THE PROPHET MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.'s LAST SERMON

(Among the contents extracted from the last Sermon delivered by Rasulullah SAW on the Ninth Day of Zulhijjah 10 AH at the Uranah Valley of Mount Arafah)

In the Name of Allah Most Beneficient and Most Merciful

O People, lend me an attentive ear, for I don't know whether, after this year, I shall ever be amongst you again. Therefore listen to what I am saying to you carefully and take this words to those who could not be present here today.

O People, just as you regard this month, this day, this city as Sacred, so regard the life and property of every Muslim as a sacred trust. Return the goods entrusted to you to their rightful owners. Hurt no one so that no one may hurt you. Remember that you will indeed meet your Lord, and that He will indeed reckon your deeds. ALLAH has forbidden you to take usury (Interest), therefore all interest obligation shall henceforth be repealed.

Beware of Satan, for your safety of your religion. He has lost all hope that he will ever be able to lead you astray in big things, so beware of following him in small things.

O People, as much as you have your rights over your women, they too have their rights over you. If they have fulfilled your rights then they too deserve the rights to be fed and clothed in kindness. Treat your women well and be kind to them for they are your partners and comitted helpers. And your rights over them are to disallow anyone you dislike into your houses and you are forbidden to commit adultery.

O People, listen to me in earnest, worship Allah, perform the five daily prayers (Solah), fast during the month of Ramadhan, perform Zakat from your wealth, perform Hajj if you can afford to. Know that every Muslim is the brother of another Muslim. (All mankind is from Adam and Eve, an Arab has no superiority over a non-Arab nor a non-Arab has any superiority over an Arab; also a white has no superiority over black nor a black has any superiority over white) You are all equal. Nobody is more superior than the other except in piety and good action.

Remember, that one day you will appear before Allah and be accountable for every deed you have committed. So beware, do not ever be lead astrayed from the path of righteousness after I am gone.

O People, No Prophet or Apostle will come after me and no new faith will be born. Therefore, O People, reason well, understand my words which I have conveyed to you. I leave behind two things; which if you hold to both strongly, forever, you will never be lead astrayed. That is - the QUR'AN and my SUNNAH (examples)

All those who listen to me shall pass on my words to others and those to others again; and may the last ones understand my words better than those who listen to me directly. I bear witness O Allah that I have conveyed Your Message to Your people.

Wednesday, February 24, 2010

pergi tak kembali

suatu ketika dulu…aku dengan nenek bagaikan musuh….asik bergaduh..aku boleh dikira sebagai cucu yg paling tidak disukai nenek..aku pernah ingat..gara-gara kelancangan aku pada nenek..atuk marah..sampai tak kasi aku datang rumah..

dulu..aku pon tak pedulikan nenek..walau rumah aku dekat ngan rumah nenek..namun aku jrg nak menziarah kecuali dipaksa mak..

tapi itu dulu..masa aku muda remaja..masa aku masih punya perasaan suka memberontak..namun hari demi hari..aku dengan nenek mula jadi rapat..semua nya bermula bila nenek sakit..aku mula sedar betapa aku syg pada nenek..

banyak dugaan yang kami terima sepanjang nenek sakit..banyak juga aku belajar dari dugaan ni..dan aku bersyukur..semakin hari aku makin rapat dengan nenek..jika dulu aku hanya salam secara acuh tak acuh tiap kali nak blk..sekarang aku tak lepas untuk cium kedua pipi dan dahinya..hati aku menangis bila tgk nenek nangis setiap kali aku salam nak blk ke kl..

nenek dah uzur..semuanya perlu dilakukan untuk nya..mandi..makan..bergerak…nenek kuat menangis dan ketawa…tawa dan tangisan nenek menghiburkan hati kami adik beradik..kami suka sakat nenek..

dulu sebelum mak pindah ke melaka..akak la yg jaga nenek..buat semuanya untuk nenek..setiap kali akak ke terengganu..akula yg menggantikan tempatnya..mandikan nenek..suapkan makan…bersihkan nenek..kadang2 menguji kesabaran bila nenek tidak mahu beri kerjasama..kdg2 aku menangis bila terpaksa angkat nenek seorg diri bila nenek jatuh katil..kudrat ku tak kuat..tapi tu semua kenangan terindah aku dengan nenek…

namun semua nya telah berakhir..nenek telah kembali ke rahmatullah pada subuh sabtu lepas..aku amat terkilan sebab tidak sempat ziarah nenek pada detik2 terakhirnya..namun aku bersyukur kerana aku masih mempunyai kenangan terindah bersama nenek. aku tahu tak guna meratapi pemergiaan nenek..aku harap aku akan sentiasa rajin untuk sedekah kan yassin dan al-fatihah buat nenek..semoga roh nenek dicucuri rahmat…