Friday, February 26, 2010

khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W

12 Rabiul Awwal 1431H, tanggal kelahiran Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W..yg membawa sinar islam..kita menjadi umat2 yang disayangi oleh baginda..Sampai pada penghujung hayatnya..xlekang baginda mengingati umat2 baginda..Ummatii-Ummatii (ummatku-ummatku) membuktikan betapa cintanya Rasulullah pada kita..namun adakah kita mencintai Rasulullah dan amalkan segala yg diajarkan dalam menjalani kehidupan sebagai umat Islam..mencintai sahaja tidak mencukupi jika kita tidak melakukan sunnah Rasulullah..so sama2 la kita hayati khutbah terakhir Rasulullah dan praktikkan pesanan baginda dalam kehidupan kita..khutbah ni aku dapat dr email sorg lecturer..so aku rasa its good to share with others..sharing is caring kan…

 

clip_image001

“Bacalah: Dengan nama Tuhanmu yang Menciptakan, Yang menciptakan insan (manusia) dari sebuku (segumpal) darah (beku); Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar insan melalui (perantaraan) qalam, Yang mengajarkan insan apa yang tidak diketahuinya.” (Surah al-Alaq 1-5) - Wahyu berupa Ayat Pertama yang diturunkan oleh Allah SWT menerusi Malaikat Jibril A.S. di Gua Hirak

(ANTARA ISI PENTING YANG DIPETIK DARI KHUTBAH TERAKHIR (KHUTBAH WIDA') NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW - disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.

clip_image001[6]
“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida'

AMONG THE IMPORTANT CONTENTS FROM - THE PROPHET MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.'s LAST SERMON

(Among the contents extracted from the last Sermon delivered by Rasulullah SAW on the Ninth Day of Zulhijjah 10 AH at the Uranah Valley of Mount Arafah)

In the Name of Allah Most Beneficient and Most Merciful

O People, lend me an attentive ear, for I don't know whether, after this year, I shall ever be amongst you again. Therefore listen to what I am saying to you carefully and take this words to those who could not be present here today.

O People, just as you regard this month, this day, this city as Sacred, so regard the life and property of every Muslim as a sacred trust. Return the goods entrusted to you to their rightful owners. Hurt no one so that no one may hurt you. Remember that you will indeed meet your Lord, and that He will indeed reckon your deeds. ALLAH has forbidden you to take usury (Interest), therefore all interest obligation shall henceforth be repealed.

Beware of Satan, for your safety of your religion. He has lost all hope that he will ever be able to lead you astray in big things, so beware of following him in small things.

O People, as much as you have your rights over your women, they too have their rights over you. If they have fulfilled your rights then they too deserve the rights to be fed and clothed in kindness. Treat your women well and be kind to them for they are your partners and comitted helpers. And your rights over them are to disallow anyone you dislike into your houses and you are forbidden to commit adultery.

O People, listen to me in earnest, worship Allah, perform the five daily prayers (Solah), fast during the month of Ramadhan, perform Zakat from your wealth, perform Hajj if you can afford to. Know that every Muslim is the brother of another Muslim. (All mankind is from Adam and Eve, an Arab has no superiority over a non-Arab nor a non-Arab has any superiority over an Arab; also a white has no superiority over black nor a black has any superiority over white) You are all equal. Nobody is more superior than the other except in piety and good action.

Remember, that one day you will appear before Allah and be accountable for every deed you have committed. So beware, do not ever be lead astrayed from the path of righteousness after I am gone.

O People, No Prophet or Apostle will come after me and no new faith will be born. Therefore, O People, reason well, understand my words which I have conveyed to you. I leave behind two things; which if you hold to both strongly, forever, you will never be lead astrayed. That is - the QUR'AN and my SUNNAH (examples)

All those who listen to me shall pass on my words to others and those to others again; and may the last ones understand my words better than those who listen to me directly. I bear witness O Allah that I have conveyed Your Message to Your people.

Wednesday, February 24, 2010

pergi tak kembali

suatu ketika dulu…aku dengan nenek bagaikan musuh….asik bergaduh..aku boleh dikira sebagai cucu yg paling tidak disukai nenek..aku pernah ingat..gara-gara kelancangan aku pada nenek..atuk marah..sampai tak kasi aku datang rumah..

dulu..aku pon tak pedulikan nenek..walau rumah aku dekat ngan rumah nenek..namun aku jrg nak menziarah kecuali dipaksa mak..

tapi itu dulu..masa aku muda remaja..masa aku masih punya perasaan suka memberontak..namun hari demi hari..aku dengan nenek mula jadi rapat..semua nya bermula bila nenek sakit..aku mula sedar betapa aku syg pada nenek..

banyak dugaan yang kami terima sepanjang nenek sakit..banyak juga aku belajar dari dugaan ni..dan aku bersyukur..semakin hari aku makin rapat dengan nenek..jika dulu aku hanya salam secara acuh tak acuh tiap kali nak blk..sekarang aku tak lepas untuk cium kedua pipi dan dahinya..hati aku menangis bila tgk nenek nangis setiap kali aku salam nak blk ke kl..

nenek dah uzur..semuanya perlu dilakukan untuk nya..mandi..makan..bergerak…nenek kuat menangis dan ketawa…tawa dan tangisan nenek menghiburkan hati kami adik beradik..kami suka sakat nenek..

dulu sebelum mak pindah ke melaka..akak la yg jaga nenek..buat semuanya untuk nenek..setiap kali akak ke terengganu..akula yg menggantikan tempatnya..mandikan nenek..suapkan makan…bersihkan nenek..kadang2 menguji kesabaran bila nenek tidak mahu beri kerjasama..kdg2 aku menangis bila terpaksa angkat nenek seorg diri bila nenek jatuh katil..kudrat ku tak kuat..tapi tu semua kenangan terindah aku dengan nenek…

namun semua nya telah berakhir..nenek telah kembali ke rahmatullah pada subuh sabtu lepas..aku amat terkilan sebab tidak sempat ziarah nenek pada detik2 terakhirnya..namun aku bersyukur kerana aku masih mempunyai kenangan terindah bersama nenek. aku tahu tak guna meratapi pemergiaan nenek..aku harap aku akan sentiasa rajin untuk sedekah kan yassin dan al-fatihah buat nenek..semoga roh nenek dicucuri rahmat…

Thursday, February 18, 2010

wahhh girapah…

since 3dr year degree lagi..me always wanted to go to the zoo..but my friends semua tak mahu teman..semua cakap macam budak2..hehehe…alasan aku nak ke zoo…i miss giraffe..namun when always give the same answer..last2 aku tersasul cakap nak lawat girapah (girrafe+ zirafah= girapah..siap ada formula calculus lagi aku kasi)..start from dats..asal aku cakap nak pergi zoo…mesti everyone replied me..nak pergi tgk girapah la tu…

dan akhirnya…15 feb…dapat gak aku ke zoo..hehehe..membawa membe ku jauh dari terengganu berjalan di melaka ni..jalan sakan aku raya cina ni..mak pon dah bising..ish anak dara dia ni..nak kena rotan kaki ni..kejap2 aku call mak..lapor diri..kang dia risau..lansung tak bagi kua..kes naya kan..seronok aku menangkap gambar haiwan2 sekalian..ala2 model berposing sana sini..camera man ni dalam hati merungut kepenatan dan kepanasan…dah la jalan jam..tapi girapah nye pasal..jam pon aku paksa redah gak..hahaha…

DSC02733 weee..finally bertemu kita..jejak kasih antara kau dan aku

DSC02752  sang buaya berendam..terasa jeles..aku kepanasan..ingin je aku terjun berendam bersama bersama boya2 nii DSC02761 burung apa pon aku tak tau..black n white..lawaaa

DSC02765 haiwan pon sayangkan anak..manusia boleh buang bakar..kejam!!!

DSC02767aku suka tengok muka dan punggong dia..warna warni..ehehee

DSC02769 kesian monkey ni..lonely..sapa nak volunteer jd pasangan nya?

DSC02775 gajah..sombong nye..tak mo pandang aku

DSC02777    faber castle..sapa ada berus..mari mewarna..DSC02735 seladang kah ini??

DSC02736 unta..jom balik padang pasir jom naik unta

DSC02741 cheetah..tak leh dok diam aku nak amik gambar..

DSC02742  mana lagi ok?berendam ngan buaya ke..dengan pak belang ni..jeles aku…sonok berendam tengah panas..

penat sungguh aku berjlaan..rasanya lelemak tepu telah terbakar..tapi malam tu kumpul balik pasal makan ikan bakar..camna nak kurus ni ard!!!!!!!!!!!!!

Sunday, February 14, 2010

kahwin lagi…

asik cite pasal kawen je aku ni..hahaha..macam aku lak yang kahwin…hehehe aku rasa…dlm sebulan ni my life mmg dealing with kerja kahwin..majlis kahwin akak ada 26 hari lagi…so mmg la busy especially bakal pengantin and bakal mak mertua kan..kan..kan..

aku??

aku tukang penyebuk buat2 busy je..hahaha

semalam pon aku menyebok..menyebok kat majlis kahwin orang len…majlis kahwin kawan aku..kapten nur hazwani..ngan suami dia..kapten izham..so bagai gathering kecil-kecilan kami semua ni…jumpa membe2..sungguh aku teruja…next sapa la pulak yerk?nad?anna?zida?dhiya?syafieq?safwan?bila2?aku nak makan nasi minyak lagi..hehehehehe…

DSC02667

lawa wani..slim nye…DSC02670wani and her husband..semoga berbahagia dan diberkati oleh Allah DSC02707 kami…

DSC02658

di rumah sathiya..hahaha memana nak amik gambar je keje..gila kamera la korang ni:P

DSC02659  makan time…weeeee!!!DSC02661   geng hijau..hahahaha..blues dari kerja terus datang..cayala blues..DSC02716

yeah!!! gadis2 hot…hahaha perasan tol..DSC02722jom balik!!!!!

p/s: terasa diri ku sudah tua bila kawan2 sekeliling mula bertunang dan berkahwin..oh tidak..aku ingin muda sentiasaa…..

Thursday, February 11, 2010

luluh hati ini!!

image

image  sumber gambar: babycenter.com

image

ni lak gambar anak sedara aku..si aniq..bulaatttt

comel2 kan baby ni..aku sungguh suka melihat baby..1 ketenangan bila tengok wajah yang comel ni..betapa indahnya ciptaan Allah..seronok bila tengok gambar2 bayi..terbit rasa ingin punya baby satu hari nanti…

namun pagi ni..aku menangis tgk gambar baby yang meninggal dan di penuhi semut..Ya Allah aku xsanggup nak tatap lama2 gambar tu..nak tunjuk kat sini pon aku tak sampai hati..

aku sungguh marah..yes i am!!!kejam sungguh manusia…baru2 ni berita baby 5 bulan meninggal di dera dan di liwat..pastu pasal buang baby ni..tak perlu cerita la..saban hari makin menjadi2..pagi ni..kes dekat melaka baby kena buang depan surau/masjid..meninggal dan dipenuhi semut merah..sungguh comel baby tu..tapi apa kejadah mak bapa dia pikir…sanggup dibuang baby yg tak berdosa!!aku tak dapat bayang baby comel itu menderita digigit semut..

sungguh sedih aku pikir manusia semakin kejam macam ni..mana pergi akal fikiran..peri kemanusiaan..haiwan pon sayang anak..ramai lagi yang sanggup bela anak tu kalau dah mmg tak hingin nak bela sendiri..PLEASE la baby tak berdosa..jgn la seksa mereka..

lagi senang..kalau dah tau xnak anak..baik jgn beranak..jgn mengandung..jgn buat maksiat..kejam sungguh la wei…aku mmg sedih bila benda ni terjadi!

Tuesday, February 9, 2010

kahwin oh kahwin!

subuh sabtu lepas..mak call..ckp nak g jalan TAR..mak aku ni rajin sgt ke jalan TAR..nak cari tudung..ala2 ariani..kat situ ada 1 kedai dia suka pegi..sebab murah dari ariani..tapi kualiti lebih kurang je..

ahad lak mak ajak aku pergi jalan TAR…kali ni nak cari baju tuk raya dan barang utk majlis kahwin..but aku lak suggest kat mak pergi chowkit since kak emy tulis kat blog dia..chow kit lagi murah..so hari ahad aku pon busy berjalan ngan mak..besh2…sambil membuang lelemak tepu ini…hahaha

IMAGE_725

ni kat jalan TAR..lengang lagi..pagi2 lagi we all gerak..hihiih

since aku tak pandia ke chow kit..we parked our car kt jalan TAR..naik teksi ke chow kit..tapi serius aku ckp..nyesal wooo tak bawa kete..penat aku menjinjit barang perkahwinan tu..penuh 1 bonet kereta ku!aku rasa aku berjaya membina mussle di lengan aku..sampai sekarang terasa sengal2..huhuhu harus g spa manjakan diri urut ni..tapi duit tak..sapa nak sponsor??

DSC02656

hah ni mak tengah sibuk berdiskusi dengan bakal pengantin..apa barang yang perlu dibeli..pengantin nye lak sibuk ke terengganu atas urusan perniagaan..cewahhh poyo la ko akak!!!!dan aku..jadi camera woman..tangkap gambar itu dan ini mms pada pengantin..mana berkenan baru beli..mmg murah kedai tu..mak aku pon ckp nilai 3 serta cowboy melaka xmurah tu..

mula2 planning barang2 akan dibawa balik time CNY ni dgn ayah aku..tapi bila dipikir balik..mak ajak blk kg haritu jugak..so balik la kg..hantar mak..hahaha so conclusi nya..tetiap minggu aku xmiss balik kg..suka2!!

Friday, February 5, 2010

suku abad sudah!!

huhuhuh..boleh kata tiap2 bulan aku marathon buat entry wish besday orangkan..besday aku sapa nak buat kan..hahaha..nway besday aku lambt lagi..so xperlu nak sibuk2 ye ard!!!

5/2/1985..

lahir sorang baby..diberi nama zuriati..

anak sulung pak zolkopli ngan ibu artis…

ni laaa akak aku..dia da masuk 25 tahun hari ni..akak..tak terasa tua ke..da suku abad da tu..bakal mendirikan rumah tangga bln depan insyaAllah..

aku dengan dia ni mmg suka gado..pantang jumpa mesti gaduh..hahaha wrestling smpai lembam2 tu tak payah cerita la kan..tapi kalau korang tengok aku dengan dia pon leh tau sapa menang..kakakaa..aku juga yang kalah..then menangis ngadu kat mak..koya sungguh ko ard!!!!tapi adik beradik kan..air yg di cincang xkan putus..so same with us..walau aku suka cari gaduh ngan ko..walau kau kuat sakit kan hati aku..walau ko suka sakat aku..pasal nama aku je sorang start dari A(sibling aku semua nama start dari Z..aku je sorg dari A..so slalu disakat anak angkat..sungguh kejam korang..hahahahah).walau aku suka kutuk ko..namun di lubuk ati aku ni..aku tetap sayang kau…yela ko satu-satunya akak aku kan!!!

 

DSC01211

image

image

so aku ucapkan..selamat ulangtahun ke 25 akak..semoga diberkati oleh Allah dunia dan akhirat…semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..nanti kahwin jadi isteri yang solehah yerkk!! peace sis

selingan: semalam besday kazen aku..kakak ija..kak ija..selamat hari jadi..hope u and baby sihat selalu..semoga happy ngan ur husband..dimurahkan rezeki dan ceria selalu…

Wednesday, February 3, 2010

i need o2…

lewat malam semalam…akhirnya selesai sudah masalah aku dengan tuan empunya diri..Alhamdulillah..akhirnya kami ada kata sepakat…bawa haluan masing2..biarlah berkawan shj tanpa melibatkan sebarang perasaan..lepas ni tutup buku aku dengan dia..kalau ada jodoh berpisah mcm mana pon..tetap akan berjumpa balik..kalo tiada jodoh..pertahan macam mana pon tetap tak kan bersatu…so aku rasa tak perlu la aku meratap sedih dengan segala terjadi..pasti ada hikmah..lepas biarkan lepas..semoga lepas ni..

huhuhuh..harini aku sememangnya busy menyudah kan conference paper aku…esok aku kena submit..tapi mood aku telah dispoilkan..hurm..sumone copy gambar aku dr blog..then upload kt fb dia..mcm mana aku tergerak hati ntah pergi stalker fb orang..jmpa gmba aku..panas mendidih la aku..apa kes tak mintak permission semua..

tapi aku pikir2 balik..aku tau that girl tgh marah..sbb dia ingat bf dia dgn aku ada affair..atau pon aku kaco bf dia..aku paham perasaan tu..sbb aku pon penah rasa..so aku tahu betapa sakit perasaan itu..tapi mslhnya mmg aku tiada apa2 dgn bf dia..hanya kwn..yg nak contact pon sebln sekali pon susah..yg aku kedekut bl nak send 1 msg pon aku rs mcm kena charge 2 hengget..teringat kisah tuan empunya diri syg kedit nak reply msg aku psl kena charge 2 hengget..ahahah

apa kes lak aku nak ada affair ngan bf org..sedangkan time tu aku hanya nampak tuan empunya diri je dlm hati aku(cerita lama yg baru ditutup)..apa kes lak kalau aku nak ngorat bf dia..aku berbahsa engkau aku dgn mamat tu..sungguh tak romantik dan menyentuh kalbu lansung…atau pon dia anggap selama ni aku tulis psl tuan empunya diri tu bf dia..adeh..bukan sama sekali..ejaan nama pon lain..dna rambut pon lain2 la…yg sma hanya status kewarganegaraan shj..

aku baru ada masa nak bernafas lega..so aku tak nak terlibat dalam apa2 masalah lain..antara korang berdua selesai la sama sendiri..sbb aku sendiri xde niat pon nak melukakan hati gadis itu..dan xde perasaan lansung pada bf dia..buat lah tindakan dengan rasional..aku tidak mahu terlibat secara lansung atau tidak..dan kalau la gadis tu rasa aku ni bersalah..aku mohon maaf..aku tak mahu bersengketa dengan sesiapa..argghh aku perlukan oksigennnn!!!!

p/s: entry ni bersifat personal..sbb aku tahu gadis tu baca blog aku..so aku harap ini dpt jelaskan pada dia..