Thursday, September 30, 2010

i have a confession to make

i miss this guy when i saw his picture..

i excited when he smile and laughing when listen to my “mulut becok”…

i melt when he starring at me…

i think i fall in love once again…

i heart this handsome cute guys

encik rayyan..

DSC04508

and now he start to smile…

DSC04778

see how happy he is..

DSC04773

wait..u need to see this…he laughing when i talked to him..macam orang dah ada gigi!!

DSC04781 last but not least, aunty e.t and rayyan..hehehe..

DSC04757

raya = makan

setiap kali raya..mesti ada drama swasta berlaku..

tahun ni pon sama gak..ada je drama swasta..but since aku pon takmo ingat drama swasta tanpa bayaran tu..maka tak perlu lah cerita kan…

kita cerita je lah yang best2 pasal raya…

raya kali ni agak berbeza..since arwah nenek dah tiada..dulu time pepagi..sibuk lah kami adik beradik siapkan nenek sebelum siapkan diri sendiri..mandikan..pakaikan baju raya..dandan kan dia…so kali ini siapkan diri sendiri..akak pon dah ada suami..lain la kan raya this time..

tak banyak aktiviti raya ni actually since cuti tak lama..selain makan makan dan makan..sampai turun naik 2 kg..sedih!!!then naik cuti pergi conference..so tak banyak nak cerita…so kita cuci mata jela ek!!!hahaha best la sgt cerita raya ko ard!

sebelum beraya kena amik gambar gedik dulu..ni aku amik masa almost 30min nak letak eyeliner..hahaaha..jangan pelik!!!

DSC04479

next baru boleh amik gambar ayu sambil dikurangkan keayuan oleh si emy..

DSC04483 since dah tiada bibik kat rumah..terpaksa guna selftime..dan inilah hasil gambar di pagi raya sebelum kelam kabut pergi beraya rumah nenek!

DSC04498

raya kedua lak..kita buat bbq!!hehehe..kumpul lagi bersama keluarga…meriah!

DSC04534 menu bbq: nasi lemak, ayam, sosej, ikan, udang dan juga daging rusa..ini semua segar dari tawau since abah ke tawau sblm raya..asal pergi tawau je..mesti borong seafood and daging rusa..and cuba teka menu rebutan semua..tentula daging rusa!!sedap!

DSC04563 then raya ketiga pula beraya sesama kawan..ini pon tak dirancang..since malam raya kedua semua ckp cancel..tup2 tengah melantak kat open house yb..diorang cakap nak amik!

biasalah ahli wajib nak cukupkan korum..tak da aku tak lengkap wei….

DSC04629

ni jela orang2 nye dari reramai2..sadisnya!! DSC04640

tu jela kot rentetan raya ku..oh lupa..raya ke empat lak kenduri rumah makcik..makan sate celup..dan berakhir raya aku sementara..tapi disambung lepas conference dengan attended open house sini sana..maka terjawabla kenapa aku naik 2 kg…

pape pon..walau dah nak hujung2 raya…still aku nak wish..

SELAMAT HARI RAYA  DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN KAT SEMUA…

Thursday, September 2, 2010

wajib support barang buatan tempatan..

sempena hari kemerdekaan yang ke 53…so kena la entry pon patriotik skit kan…

aku sebenarnya peminat tegar coklat…tapi bersyarat…aku hanya minat chocolate makan tu..kek chocolate..or air chocolate..TAPIIIIII…bukan aiskrim coklat…dan juga air susu coklat…(jgn konpius chocolate drink ngan chocolate milk ok!!!)

but..kali ni..ada lagi 1 pengecualian..aku hanya minum susu coklat yang mak beli setiap minggu..orang tu akan anta kat sekolah mak..sebab ia tak semanis choc milk yang berada dipasaran dan juga rasa susu coklatnya tak pekat sehingga melekat rasanya di tekak..biasa aku kena cuci tekak sampai kembung perut nak ilangkan manis n pekat nya…

mesti korang tertanya2 apa la susu ajaib tu kan….tadaaaaaa!!!!

ni lah susu tu..segar dari ladang..ni hasil perniagaan orang tempatan..kalau ingat dulu2 masa kecik ada jual susu lembu kat pejabat haiwan merlimau..yang pelbagai rasa…hah boleh imagine la rasa susu in…

21082010383

  selain susu tersebut…dia juga jual susu dalam botol besar….macam dalam botol bawah ni..aku admire lembu kat label botol ni..comel!!!!21082010384

selain perasa coklat..dia ada perasa jagung, vanilla dan juga strawberry…tapi feberet aku jagung ngan coklat…sodap!!!!..hah tengok la stok susu seminggu kami…banyak kan..penuh 1 peti sejuk..sebab mak cakap..susu baik untuk kesihatan tulang..nanti tulang tak cepat rapuh..tu sebab kami suka minum susu…

26082010393

gambar selingan…malam merdeka aku makan aiskrim ni..sungguh nostalgia..kecik2 buka peti sejuk arwah nenek curi amik banyak2 satu makan…pastu kena marah ngan nenek sebab nanti budak datang nak beli…dah abis cucu dia belasah…

30082010414tengok bertapa patriotik nya saya sempena merdeka ini…hehehe..rumusannya…belilah barangan buatan malaysia..sebab ia sangat2 sedap!!!! kalau tak..takkan la orang yang dok luar negara tu still kempunan nak makan makanan malaysia kan…

promotiontanpabayaran:mak cakap susu ni boleh didapati di mydin2 yang berdekatan dengan anda..so sila lah ke mydin…

ucapankaknam: selamat menyambut merdeka…merdeka2 jugak..puasa jangan tinggal

diari ramadhan adisti

uishhh hampir sebulan xupdate blog ni…tapi update ke xupdate bukan ada orang baca..tp ada aku kisah orang tak baca..sebab main reason aku keep blogging…sebab its fun when i read all my entries back sambil terkenang2 segala mak nenek memory..so i think its should be enuff to make me keep blogging..

untuk menjawab kenapa aku tak berkarya merepek kat blog ini adalah sebab ini:15082010358

dan ini…  1508201036115082010360  

eh pe benda tu kan???heheheehe…1 macam songkok..lagi 1 macam nak wat samosa kan??

sebenarnya bulan august ni..aku busy..teramat la busy…selain mengejar target date aku nak menghabiskan master..sambil tu mencari duit poket lebih untuk beraya..actually benda ni tak planning..but datang tiba2 untuk menolong akak dan mama aku…kalo mak dah kaki bisness..mana tak tumpah bakat kalau bukan kat anak kan??

dan inilah hasilnya….

15082010359

oh ya..ni songkok bukan hasil craftangan aku..ni hasil kerja akak aku..ye!!! xperlu pelik..akak aku tauke songkok..perniagaan tradisi keluarga mak aku..dari nenek aku ke pakcik2 then ke cucu cicit…majoriti berniaga songkok…so aku ni jadi bidan terjun sebab tukang jahit tepi songkok menolak untuk menjahit di saat genting nak bersalin.. so kerja aku seperti gamba atas jahit tepi songkok..its not fun..sakit tangan..

30082010415 ini pulak hasil kuih raya buatan aku..dengan quality di control oleh puan artis mak aku..ni pon since tempahan kuih ditutup awal..tp sebab permintaan menggalakkan..so aku diamanahkan tok buat kuih ni…chewaahhh…mula2 its fun..but bila berbotol2 dah dibuat..ia menjadi tidak seronok..bosan dan penat..bila penat mula cepat nak marah..baran pon sukar dikawal..

so now baru aku tau betapa sukarnya orang2 yang mencari sesuap nasi..kais pagi makan pagi..kais petang maakan ptg..sebab selama ni aku berkerja..walau penat macam mana..still dalam aircond..still di kerusi empuk..still boleh melayan fb…

so sekarang aku ada duit nak beraya…yeay!!!!!

notamercunbuluh: nak wish selamat menyambut ramadhan…hehehe hope tak terlewat….selamat mengejar keberkatan ramadhan…