Friday, January 29, 2010

sharing is caring

kini hobi ku membaca..

aku tengah berusaha menghabiskan cerita ketika cinta bertasbih..novel ini betul2 membuat aku terpikat..betul membuat aku berfikir..walau masa aku limited untuk membaca..masih ada lagi separuh buku…tetap gigih gak aku cuba menghabiskan buku setebal kamus dewan ini..

ada 2 perkara menarik minat aku dalam novel ni(sampai bab yang aku dah baca la..mungkin lepas ni akan lg bertambah)

first..bab dimana anna anthafulnisa meletakkan syarat pada furqan jika nak kahwin..syarat dia adalah..suami tidak blh berkahwin/berpoligami selagi anna mampu menjalankan tugas sbg isteri..rupanya benda ni dah dibahaskan oleh para ulama..dan dibolehkan..dan ini bukan mengharamkan poligami..sebab anna tidak mengharamkan cuma tidak membenarkan selagi dia mampu untuk jadi isteri yg baik..so kalau dijadikan dia tak mampu menjalankan tugas sbg isteri..maka dibolehkan berpoligami..bagi aku lak..

ini memelihara hak wanita agar tidak menjadi mangsa lelaki untuk berpoligami tanpa sebab dan menjadikan laki lebih bersikap adil..dan menunjukkan betapa indahnya Islam..so syarat ni aku kira mungkin boleh digunakan untuk berkahwin kelak..

2nd..ini yang paling terkesan pada aku..dimana ayah anna menasihati anna agar mengkaitkan kejadian didlm kehidupan kita dengan mendapat keberkatan Allah..ni masa insiden anna kene marah ngan ibunya kerna leka membaca sampai tidak peduli anak sedaranya suruh potong mangga kot..sampai terluka tangan sikecil itu…so ayah dia pon cakap la..itu baru ibu yang marah..cuba Allah marah pada kita..tidak mahu dengar doa dan keluhan kita..tidak pedulikan kita apa akan terjadi??.

so aku terfikir..bila si empunya diri tidak peduli aku..ignored my msg..marah n merajuk pada aku..aku sedih..rasa bimbang..gelisah..tidak keruan..dan aku pon terpikir itu baru seorg hamba Allah buat macam tu pada ku..jika lah Allah murka pada aku..dan tidak memperdulikan lagi diri aku..tidak mahu mendengar doa ku lagi..apa akan jadi pada diri aku..mana tempat untuk ku mengadu dan berharap..Ya Allah sungguh kerdil dan lemah hamba MU..tak sanggup aku membayangkan..semoga Allah mengampuni dosa2 ku..aku tidak mahu menjadi hamba yang rugi….

p/s: maybe ada ralat dalam aku bercerita ni sbb  dikala ni buku itu tiada di depan mata..so tak boleh ku rujuk..hehe..kalo ada salah yang aku sampaikan..sila tegur..aku insan yang lemah

Thursday, January 28, 2010

our big bro turn 16!!!

today 28/1 genap la 16 tahun aku tak menjadi anak bongsu lagi..

lahir seorang baby yang merampas status tu dari aku…

membesar menjadi seorang lelaki yang tinggi..ensem..cerdik..baik..mak cakap ni lah anak mak yang paling senang nak jaga..kalah aku yang perempuan ni..

image

image

image

so abang boy selamat ulang tahun ke 16!!!may Allah bless u..semoga berjaya dunia dan akhirat..love yaaa!!

image

Wednesday, January 27, 2010

aku mahu ini, ini dan ini…

aku mahu ini……

lunetta tokidoki...mana nak cari..sob..sob..sob..tak jumpa2

image 

ini juga..cute!!!image

 

ini……

image

yang ini aku dah ada..tapi kaler purple..but i like dis kaler..nampak lagi cute..so aku mahu ini jugak!!!

image

ini!!!!!!!!!

image 

ini!!!!!!!!

image

ini jugak!!!!!!!!image

dan ini jugak!!!!!

image

aku mahu semua!!!

serius ke ko aato????hahaha no lah..ini semua pemangkin aku untuk semangat buat kerja..kumpul duit beli kasut..oh ya sesapa tau mana nak cari lunetta tokidoki bg tau..aku memang nak sesangt!!!!!yang lain hanya idaman kalbu ku…

p/s: pemangkin dah jumpa..semangat sudah mari.mari buat kerja jomm!!!!

 

 source:lipstickismycrack.blogpsot.com, www.kaboodle.com, www.heelcandy.com, www.musthaveshoes.com, www.beatmyprice.com, www.tokidoki-blog.com, www.zazzle.com

Monday, January 25, 2010

weekend di france and japan (sangat!)

ni percutian mengejut..so xperlu tanya kenapa bukit tinggi..suppose aku, atiah and devaki bercuti di port dickson..tapi since ada berita yang orang kene gigit oleh buaya/yu/ikan apa2 jela..we all cancel kan..so tuka planned ke bukit tinggi..

ni adalah the 1st time aku bercuti ngan atiah n devaki tau..dah planning nak bercuti dah lama..tp asik cancel..yela 1 tu anak tunggal perempuan..lagi 1 lak the only child..n aku ni lak..the only child anak mak yang jauh(nak jugak)…so paham2 jela kan susah nak dpt permission walau kami dah nak masuk suku abad ni…so pabila dapat permission tu..harus la slalu call kan..nanti parent risau trus tak dapat pergi cuti lagi haru..hahaha..

DSC02424

wajah driver yang excited

DSC02555 penyambut tetamu di colmar tropicaleDSC02425 DSC02426 DSC02429 our hotel room..ada bilik 1,ruang tamu n oso kitchen

DSC02501

DSC02434 view di colmar tropicale..feeling pergi france la konon…

DSC02503DSC02436 DSC02464 botanical…penat aku berjalan dalam ni…hilang lelemak tepu..but malam tu tambah balik gara2 makan buffetDSC02477 feeling tiub bunga yang terbang2 tu..aku lupa nama dia.. DSC02504 berkimono..ni yang we all excited kt japanese tea garden ni..tapi sayang tgk vendalisme kat blakang tu

DSC02509 tak dapat pergi jepun..feeling2 pon jadi laaa

DSC02518 jemput terjun…

DSC02523we all ada riben..hahahaha

DSC02545

we all have awesome time together..walau planning cuti ajk cuti buat cincai but semua berjalan lancar..siap ada back up planning..hahaa..so next trip nak pergi pulau perhentian mayb..start to kumpul duit

nota kaki: okay sambung balik buat preparation untuk proposal defense..cuak!!!!!!!!!!!

Saturday, January 23, 2010

nafsu ku membuak..

bila aku dengar pengalaman seorang gadis tentang kerjanya..

yang juga selama ini menjadi kerja idaman aku…membuatkan aku cemburu..membuatkan aku jeles…jeles sgt2..cerita dia di tempat kerja..suasana..pengalaman..menggugat kewarasan ku..

jika ikut nafsu membuak aku ni..mau sahaja aku berhenti belajar dan mengejar cita2 ku..namun akal masih waras…tak guna aku berhenti sekerat jalan..which ini yang aku pilih..ini yang aku plan untuk masa depan aku..kalau aku berhenti sekarang..aku akan menyesal kendian hari kerna apa yang aku buat sekarang mmg adalah untuk masa depan aku..dimana aku bercita once aku dah berkahwin..aku nak jadi lecturer.

sebab aku nak jadi seorang wanita yang berjaya dari segi kerjaya dan juga keluarga..aku taknak kerjaya aku akan mengabaikan keluarga..dan aku juga ingin berbakti sbg pendidik seperti mak..

lagipon..kerjaya idaman aku tu..memerlukan aku berkorban masa dan juga life..so aku planned nak mengejar cita2 n kerjaya idaman aku time aku bujang..dan pabila aku puas..aku nak menjadi pendidik..

lagipon aku ingat pesan along edi..kalau nak jadi lecturer yang hasil kan engineer..kita sendiri kena tahu apa itu dunia engineer..jgn jadi lecturer just berlandaskan teori sahaja..

so sekarang..aku kena kuat lawan nafsu..fokus study..once dah abis..akan ku kejar cita2 tu…kerjaya idaman aku..Ya Allah kuatkan semangat hamba Mu ini…

Friday, January 22, 2010

hijab..

1 day aku bertudung..ada makcik kat tempat prektikel aku..pernah tny pada aku.

“kalau kita pergi gerai..ada dua gerai..1 makanan dia bertutup..lagi 1 terdedah..gerai mana kita lebih yakin..gerai mana kita nak pergi”tnya dia kat aku..

“gerai bertutup tu la”aku jawab

“ye kan..kita takut yang terdedah tu kena lalat or debu semua kan..mcm tu juga kita bila bertudung”balas makcik tu ringkas..

so sampai sekarang aku ingat pesanan makcik tu..ringkas tapi mendalam..dan aku berdoa aku akan terus kekal bertudung hingga akhir hayat..

GAthering = Fun

today for the very first time..

aku and atiah rajin n semangat utk join COE Postgraduate Gathering..

sebelum ni kami amat malas untuk pergi apa2 aktiviti..selalu cancel last min..

salah 1 sbb aku semangat..sebab earlybird registration via email..nnt dapat goodie beg yg ada pendrive..so ni pemangkin aku since mak aku pesan belikan pendrive kan..tapi aku tak beli kat pc fair sbb aku event ni la..so tak perlu bazir duit bl pendrive baru kan..

DSC02419

tp bukan leh dapat goodie beg tu senang2 je..kena main game..game payung terjun telur tu..kena buat dalam kumpulan then jatuhkan dari tingkat 3 ke tingkat 1..so markah dikira dari segi berat, telur tak pecah and also jarak payung terjun tu mendarat dari mark point. kumpulan aku ada atiah, yoga, sankar, mahdi and rana..so mmg kecoh la buat payung terjun ni..

DSC02407 ini bahan2 yang diberi..so kena pandai2 la nak tepati syarat agar dapat markah..

DSC02413 ni hasil kretiviti kump aku setelah mengambil kira impuls..momentim, vibration hahaha..

DSC02416

saat2 payung terjun kami dilepaskan

DSC02418

hasilnya..kumpulan aku dapat no 1 no 2.pasal dlm gambar ni semua nampk berisi..nak salahkan kamera ke tukang amik gambar..atau we al da gemuk..oh tidak!!!!!!!!11

p/s: so konklusinya..tak sia2 aku pergi attended this event..dapat hamper n pendrive..so lepas ni rajin2 pergi join gathering ke event ke apa ke..heheehehehe…

nota kaki:yeay aku dah pandai guna watermark..okay!! aku kuno ketinggalan zaman baru terhegeh reti guna watermark..uhhuhuuh

Wednesday, January 20, 2010

virus!!!!!

tersebut lah kisah di malam sabtu..
aku amat pelik sekali..orang lain dah tido..tapi abang boy??
uishh..usually dia la antara paling awal tido..aku paling lambat...
lagaknya sibuk macam tengah busy siapkan report depan lappy aku tu..
tapi aku abaikan je pasal aku dah ngantuk..
tido barang seminit dua..mimpi baru nak naik flight pergi jepun..
tiba2..ade announcement..huishh untuk aku..feeling bangga ada orang wat announcemnt tok aku kat klia ni...

"iti..iti..bangun..ko tengok laptop ko tu pasal hang" tu la bunyi pengumuman tu dibuat oleh pilot bernama zulfadhli..hahahaha
"ala napa boy"aku malas nak bangun ni
"komputer ko hang.."

aku pon bangun dengan longlai...pergi la tengok apa tak kene dengan laptop tu..
then aku tanye dia..ko tekan apa..rupanya..aku terlupa off aku nye ym..then ade la friend dlm list aku send link..link tu sebenarnya virus..but boy tak tau..he think ada gamba2 menarik??gamba???hurmmm...

last2 lappy aku pon terkena virus..arggggggggggghhhhhhhhhhhh
terpaksa aku memformat balik semalam...dengan keje berlambak ni..adeh..

now laptop aku dah format...yeay!!!!anti virus pon very da best one..so aku leh dah berinternet dengan happy tanpa khuatiri menghantar virus ke orang lain..

p/s: sorry to friend dlm link ym aku sbb aku terhantar virus..bukan salah aku...uwaaa..harap u all maafkan yerk

notakaki: Al-Fatihah buat arwah Sufian, polis bantuan di Uniten..

Thursday, January 14, 2010

uniten pc fair

this week masuk je uniten...
kiri kanan jalan ada banner..
WAHHHH uniten akan ada pc fair..dari 19-21 jan 2010...
aku rasa sepanjang 5tahun lebih aku kat uniten..ni kot 1st time ada pc fair..(atau selama ni aku yang tak amik port)
boleh la aku pergi belek2 apa yang ada kat pc fair ni...
dalam kepala dah ada list yang nak di beli..
tumbdrive mak, earphone aku(earphone lama dah jadi harta kat kg..tidak dibenarkan nak bawa blk sini..kene beli baru), ink printer untuk ofis..hehehe nak tengok blh dapat lagi murah ke x..

info aku dapat ada 62 booth..banyak gak tu..dekat mph atau sekarang lebih dikenali sbg dewan seri saujana..ada booth it gadgets, computer accessories, hp, and also bazaar jual makan, baju kasut..so sesuai untuk nak bershoping gak tu..hahaahaahah..

lupa lak ada lucky draw and auction session also..so blh la pergi tengok2 and cuba nasib kan..mana tau nanti dapat ipod ke..apple ke..vaio ke...hahahahaha

Wednesday, January 13, 2010

aksi kejar mengejar dalam hujan..

aku sungguh ngantuk bila kena tulis paper..
so nak ilang rasa mengantuk ni..aku gatal tangan nak tulis kat blog ni..
kalau pas ni tak ilang ngantuk gak..harus dihempuk kepala ke dinding macam cerita ju-on..
ni cerita pengalaman aku dengan si A semalam..

aku ingat nak balik awal yesterday..
tapi sebab hujan lebat..aku mmg jangka jalan akan jam..
so aku duduk kat ofis sampai 6.45..
time nak balik tu still hujan tak berhenti..
so amik keputusan aku ingin meredah je lah...
dalam aku bersedia nak on your mark get set go tu..baru ku sedar aku pakai selipar g tandas..kasut tinggal dlm ofis..nak tukar ofis aku dah kunci..kunci bkn kat aku..
so bajet lari ala2 kaki terkepit takut tersungkur selipar licin...
tiba2 aku nampak si A..aku selalu nampak dia di carpark..
namun tak pernah aku tegur ke hapa..buat bodoh je..
kali ni dia datang dekat dengan aku..
aku dah cuak..dah la kurus macam tak cukup makan..kebasahan lak tu..macam gila pon ada...
aku lari..dia ikut..aku benti dia berhenti..

last2 aku jadi kaget..jadi patung kejap la dalam seminit..dia pandang aku..aku pandang dia..
siap kenyit mata lagi tu.(ok ni aku tipu)..
aku jadi takut..psiko apa nak follow aku..aku jalan..dia follow..
huh..mulut aku dah bebel.."jangan follow..jangan dekat..pergi ngurat awek lain..aku tak nak ko..aku tak kenal ko"
dia dengan muka inesen nye pandang je aku..
last2 aku tekan alarm kunci kereta..bajet lari terus masuk kereta..
namun apa ntah aku pikir..sampai je kat kereta...
aku sewel pergi tekan balik alarm..kereta terlock..
aku ni stil kat luar kereta..motip nak kurung diri kat luar lak..
si A lak kejar aku..time tu aku takut kena terkam je..
apa lagi..terus la aku lari keliling kereta sambil tekan alarm..
2 pusingan gak la..then aku terus masuk kereta...
fuhhhhh lega aku dapat melepas kan diri dari si A yang psiko gila..
dalam hati aku "bodoh punya anjing..takda orang lain ke ko nak kaco"
tak pasal2 aku kebasahan dalam hujan melakukan aksi berkejar-kejaran ala bollywood..
kalau shah rukh khan ke..hitrik ke..amir khan ke..kejar ok la gak..hahahaha

aku harap tak da sesiapa yang lihat aksi ni..malu sungguh!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, January 12, 2010

our new sugar mummy and sugar daddy..opppsss

jumaat lepas..adik aku ada call..
dia cakap present dia yang aku penah cerita dulu dah sampai..
ada sepasang..baby lagi..baru 2-3 bulan kot..
amat lah garang diaorg berdua ni..maybe sebab kat tempat baru kot..
asal dekat je..mula la marah...then bunyi bising sungguh..
sekali dengar macam bunyi ular orok2...
yang jantan tu jinak la gak..tapi yang betina tu..asik nak marah je..aku rasa maybe dia ni pms kot..

pengalaman aku..1st time aku dengar dia berbunyi..aku jadi geli satu badan..macam minah gedik baru jumpa pakwe hensem sekejap..tergeliat sini..tergeliat sana..aku pon tak tau napa..aku rasa takut dengan both of them..sampai sekarang aku tak pernah pegang ok!!!


both of them tiada nama lagi..aku suggestkan letak nama sudy (sugar daddy) and sumy (sugar mummy) tapi ditolak mentah2 oleh abg boy..huh fail team work abg boy ni..hahahaha

ni akak aku dajal letak kat atas lappy aku..saja nak sakat aku la..tengah aku syok berinternet..tup2 ada dia atas laptop..nasib baek dia tak membuang atas lappy aku..

habis lanyard komando ayah aku pon di sebat..feeling2 ala komando la tu kot..oh ya..ikut cerita dari abg boy..kalau betina ada kantung macam kanggaroo kt perut..tu kalau pasan yang mcm pusat tu..nanti baby akan duduk dalam tu..after that baby glider akan keluar tanpa bulu...


suka tengok diorang makan..sungguh comel..makan epal ok!!!aku ni pon seminggu sekali nak makan epal pun belum tentu..merungut mak aku..sib baik la akak aku rajin pergi kedai buah tanya pasal buah yang dah kurang elok..dapat murah...


manja sungguh..minum pon tuan nak beri..hahaha..baby lagi..tak pandai kot!


ok bila dia da kembangkan sayap ni..aku memang tak suka..aku rasa geli..hahaha..macam kelawar lak feeling aku...


Sunday, January 10, 2010

Malaysia Chocolate Fair 2010

last friday..
devaki fowarded invitation email..ke chocolate fair ni..
memang aku tak tau pon ada chocolate fair...thanks to dev..dia tau aku ni choc addict..lau tak..takkan la aku nye blog pon ala2 nama choc kan..feeling mcm la blog ni blh makan..
tapi sebab aku nak blk kampung..terpaksa aku rushing ke choc fair ni time solat jumaat..
waahh...nasib aku pergi dengan perut kosong..
sempat la juga aku merasa pelbagai chocolate..
namun agak dissapointed sikit la..pasal aku expect lebih..aku bayang kan byk la chocolate popular yang ada..but mostly aku tak tau...

cadbury, daim, m&m, ferrero..lionidas..toblarone semua aku tak jumpa..sebenarnya mission aku nak beli la..bajet murah la kalo beli kat fair kan...tak apa la..ok la dari tak de kan...so jom kita cuci mata...



cik atiah membelik2 chocolate..bajet macam nak beli lak..heheheh


banyak2 booth chocolate..yang mencuri minat aku adalah chocolab..kat sini kita boleh print gambar kita atas chocolate..harga boleh tahan la..rm 15..dan chocolate tu boleh simpan selama 1tahun pada suhu bilik..so aku ngan atiah kongsi buat la 1 chocolate lollipop ni..comel kan chocolate kami...(perasan sungguh)

aku sangat la berminat chocolate fundue pot ni,..ikut nafsu memang aku nak beli..tapi bila aku pikir..bila masa lak aku nak feeling ala2 santai makan chocolate fundue ni..terus ku batalkan niat..

huhuhu sungguh geram dengan coklat ni..rasa mau curi 1 kotak bawa pulang..
ni lah hasil belian aku dan atiah kat sini..hahaha..gigih pergi hanya memborong kisses je..lain tak mencuri minat hati..oh ya...aku beli gak frigde magnet untuk mak aku..dia kumpul benda alah ni...
p/s : nyesal tak beli kisses 1 paket besar...huhuhu..ku ingat banyak aku beli..sampai rumah mcm goreng pisang panas...sungguh ku lupa..rumah aku penuh dengan chocolate addict

open your eyes

saw this video clip dekat facebook.
best je dengar and baca lyric lagu ni.....
enjoy the video...and open your eyes

Check Spelling

Friday, January 8, 2010

aku, kau dan dia bukan michael schumacher

2 minggu ni...aku selalu tido selepas subuh..
huh!!!sungguh ku benci saat itu..pasal bila aku tido balik..
aku gerenti malas nak bangun..alarm tu akan ku snooze sampai 6-7 kali baru aku terkial2 nak mandi..
so pagi ni aku niat nak berjaga lepas subuh..aku baca buku...tapi xsampai 10min..aku dah tido balik..bgn da lewat..aiyarkk...kelam kabut la aku..dgn barang balik kampung tak packing...

so sbb aku da keluar lewat..baru ku sedar pagi ni hujan..
tapi sebab dah lewatkan..apa lagi..feeling ala2 michael schumacher..
yang menjadi rain master..pakar memecut dalam hujan...dalam hati cuak gak..
yela dollah aku ni bukan racing car...safety pun agak kureng..tapi ku gagahi gak...
sampai tol LDP..aku pelik..jam la pulak..
mula la aku bawa kereta macam kura2..rupanya..ada 2 accident..

huh! time hujan banyak accident kan..
ni semua ni feeling2 ala2 michael schumacher la ni..
gagah di litar basah..
accident pertama tu..banyak kereta gak..aku rasa mau 10 kereta yg terlibat...
lg 1 lak just 2 kereta je..

but aku agak la..ni mesti bawa laju..then tak sempat brek..terus hentam orang depan..orang depan..depan..depan..dan orang yg paling depan skali...
yang salah mesti orang paling belakang kan..erm..
tengok accident tu...tiba2 aku bertukar mr bean yang bw kereta slow gila..

huhuhu...tau pon takut bila tengok accident byk ni kan..
sebab aku dah merasa 2 kali accident orang langgar dollah...
so conclusion aku dapat buat..aku ke..kau ke..dia ke..sesapa la yang memandu..
adalah bukan michael schumacher yang expert di litar basah..
motip nak pecut dalam hujan...nak pecut2 meh kita ke litar sepang meh..
sayangilah keluarga kita dan orang lain..

p/s: aku memang phobia tengok accident..sbb aku akan jadi terkaget..worst thing aku akan pejam mata aku selama beberapa saat..bahaya sungguh!!! so timbang rasa la kepada orang2 mcm aku ni...jangan penting diri sampai orang lain jd mangsa

Tuesday, January 5, 2010

aku tak nak jadi gila..

setelah setengah tahun aku tinggal sorang2 kat apartment ayah aku ni...
aku akui...aku amat2 la bosan dikala melepak dirumah...especially time weekend..
walau pon privacy kat umah ni tahap vvip..aku nak buat apa sahaja pon boleh...
walau aku tak perlu peduli rumah bersepah ke tidak..
tapi aku bosan laaa....sebab aras aku hanya aku dan sebelah ni je berpenghuni..lagi 2 umah kosong..umah sebelah ni lak..jarang2 balik...pastu sombong gila..huh tobat aku senyum kat diorg..dah la terang2 aku ada dlm rumah..diorg leh baling segala risalah kejadah ke rumah aku..
nasib aku ni jenis baik ati...heheheeh...

jadi aku pikir2..
sebelum aku jadi gila bercakap dgn dinding dan cermin..
aku nak cari housemate la sorang..wat peneman..kikiki
aku da cakap ngan mak..mak pon setuju...takdela dia risau aku ni duduk sensorg..

tapi ni masalah gak..mana la aku nak cari housemate yang leh sekepala dgn aku..
serik dapat housemate yg ntahpape..yang pengotor la..yang panjang tangan...
huhuhuhu...uder meh dok ngan ard la uder..mana nak cari housemate mcm uder lagi..
uwaa.....atiah sah2 la xle dok ngan aku kan..dia kene dok umah sendiri...

p/s: housemate hunting turn on!!!!