Sunday, June 27, 2010

saya pemandu perempuan…

selalukan dengar ayat cliché

“perempuan ni reti start enjin kereta..pastu jalan..lain tak tau”

“ala perempuan mana reti bab kereta2 ni”

btl ke pandangan tu??mmg betul pon…bak kata pakcik muncit..kalau aku bawa kereta..aku bawa kereta mcm perempuan..tahu pakai je..jaga tak reti…

tapi mmg aku perempuan pon kan..hehe

dulu aku pernah cerita yang battery kereta kong..aku belajar dari kawan aku tukar sendiri..rupanya..senang aja…lepas ni aku mampu tukar sendiri…

dan kali ini pula…kereta ayah ku punya tayar pecah…semasa dalam perjalanan mengambil beliau dr klia…actually kedai tayar hanya 500m dr tempat kejadian..tapi untuk mengelakkan rim bengkok..terpaksa la tukar tayar..

tapi nak suruh sapa…adik aku??mak aku??

hummm last2 driver perempuan ni gak terkial2 nak tukar..yang kelakar…aku naikkan jet dulu..then baru terpikir macam mana nak buka skru tayar…asal putar..tayar putar skali..so turun jet balik..

orang cakap buat kerja bodoh ulang 2-3 kali benda sama..dah nama perempuan bawa kereta kan…serba serbi xtau..tapi ok what..aku tahu cara nak tukar tayar….

cuma since kudrat aku tak kuat..tekan2 X shape playar tu (eerr betul ke nama dia) still gak xlonggar skru..nasib baik tukar kat petrol pump..nampak ada pakcik tgh isi myk..asked for his help..rupanya..dia lagi tak tau tentang tukar tayar..bagus lagi pemandu perempuan yang tak tau apa2 ni kan??bangga

panggil la mamat pam attendant tolong buka kan…rupanya..silly mistake..aku pergi tighten up the screw..bkn loosen it pon…hahahaa ko big mistake la..ni mmg kena admit aku mmg konfius arah mana buka screw…dari dulu lagi…

19062010137

ok since dia dah tolong…sama2 la kami menukar tayar..aku bagi arahan..then dia tlg laaa…jadi mandur…since dia pon terkial2..so we figure out together macam mana nak tukar..

finally berjaya juga..terus pergi ke kedai tayar yang sekankang kera tadi..mintak ketatkan screw..mana tau aku td tighten tak kuat…

dan paling best…dapat pujian lagi dari tauke kedai tu…

“bagus eh lu pandai tukar tayar..perempuan selalu pandai bawa jer..”

see cliche kan…perempuan selalu pandai bawa jer…..hurmmm tu zaman dulu la..sekarang perempuan pon dah independant..so jangan pandang kami sebelah mata….

penangan world cup

apa pasal ek..aku tengok keputusan match this time merepek meraban??ok2..first aku tak minat bola..aku bukan jenis sabar duduk depan tv tunggu bola gol..hati aku dup dap dup dap tunggu pasukan pilihan aku main..macam nak jatuh jantung..so untuk mengelakkan aku kena heart attact..aku lebih rela baca result je..dari dok depan tv…

tapi kan..aku mmg terasa sgt2 dengan penangan world cup ni..

1st..awal2 bln ritu sblm world cup..ada 1 membe ajak tgk wyg..tapi sbb aku ni tak gaji masa tu..postpone.bila aku dah gaji minah kaya sebentar..aku ajak tgk wyg..dibalas nye

“nak tgk match malam tu..kita kua lg sebln yerk..”

ekeleh…1bln lg..cita tu da abis laaaaaaa…baik tgk cd cetak rompak je gitu….

2nd…tv kat umah aku rosak…tv tu actually dah 2-3 kali rosak..bila rosak..kita org cakap ngan ayah bl tv baru la..tak larat dong nak angkat tv besar gedabak ni hantar pergi apek betul tv…21062010174apek cina pun cakap tv ni dah lama wooo..berat sgt…tapi ayah cakap..

“tak elok membazir..selagi boleh guna..kita guna..orang lain ada yang xmampu nak beli tv pon”

so terpaksa la kami tgk csi, kdorama, berita, dan cerita yang best hanya di tv sekecik ini sambil mengecik2 kan mata untuk melihat semua ada dlm screen..

21062010184 tv game abg boy lagi besar ok dar tv ini…tp penangan world cup ni..bila tv aku tak boleh nak on lansung pada suatu masa di musim bola…terus dapat tv baru21062010183bila tanya ayah..kenapa tak repair dl..kan bazir bl tv baru..ayah cakap

“lambat nak repair tv..tengok bola tv kecik tak puas”

3rd lak..bila kita orang terkandas dalam kesesakan di lebuh raya..ayah kerap telefon abang boy yang tggl seorg di rumah..tapi bukan bertanya kabar..atau risau..hanya bertanya..

“holand menang ke kalah, berapa dah gol?”

itu belum termasuk lagi agenda meronggeng di malam hari..asyik terbantut sahaja bila abg boy/abah rushing nak balik tgk bola..

bila dari pagi sampai malam..asyik tengok siaran ulangan bola sahaja…seolah2 rumah aku tiada channel lain selain bola….

so konklusinya…world cup mmg ada sihir..buat semua org demam bola…

Wednesday, June 23, 2010

kimia

aku jatuh cinta dengan lagu ini…

berbunga2 setiap kali aku dengar

Monday, June 21, 2010

do it yourself…

kalau dah nama perempuan..mesti suka sgt accessories kan…

so pe kata kita buat sendiri gelang tangan kita…

bahan2 yang diperlukan adalahDSC04213

gegelung dawai..dan butir mutiara….DSC04221 jangan dilupa pula spanar2 nya…tengok playar ni sama je kan bentuk nya….

DSC04209

spanar A muncung dia berbentuk bulat..untuk membengkok kan dawai… DSC04206

playar B..yang seakan2 playar A tapi leper di dalam..untuk mengetip or mengelip/ mengemaskan kemasan.. DSC04208playar C yang tajam digunakan untuk memotong dawai…

dan langkah2 nya ialah:

  1. potong gegelung beberapa lingkaran menggunakan playar C..mengikut citarasa anda nak berapa panjang gelang tersebut..
  2. kemudian..bengkokkan sedikit ujung dawai tersebut menggunakan playar A dan kemas kan dengan mengetip mengguna playar B…DSC04211
  3. then mula lah aktiviti memasukkan mutiara ke dalam gegelung dawai itu sehingga kehujung lagi 1..DSC04214
  4. dan apabila selesai proses tersebut..matikan hujung dawai tersebut dengan mengulang proses 1 kembali

DSC04215

dan akhirnya..gelang sudah siap untuk di pakai…DSC04217

dan ini adalah antara hasil kerja tangan ku….

DSC04219

selain mutiara..boleh juga gunakan batu2 cristal….DSC04071  mudah je kan..kalau mahu lebih kreatif…boleh sahaja buat perlbagai jenis dan bentuk gelang dan brooch seperti ini

DSC04074

DSC00310

DSC04223

tapi semua tu hanya mak sahaja yang pandai buat..sebab aku tak belajar lagi..hehehe…DSC04070 tgk my mum busy menyiapkan tempahan2 gelang yang diterima nya…pasti customer dia puas hati..sebab segala tempahan disiapkan mengikut kehendak dan keselesaan customer..jika terdapat complain dr costumer..akan diperbaiki dengan free…sebab tu lah mak selalu dapat tempahan gelang dan brooch…….so kalau berminat boleh tempah ngan emak..dijamin puas hati..hehehehe..siap promote lagi tuuuuuu

3 in 1 party

semalam 20 jun..adalah father’s day..happy father’s day to all ayah2 di muka bumi Allah ini

semalam 20 jun juga, my mother’s birthday….

dan esok 22 jun, my father’s birthday….

so its mean…we gonna had 3 celebration in a month..tapi since anak mak abah ni..masih belum mampu untuk membuat majlis party 3 kali dalam sebulan..makanya terbitlah 3 in 1 celebration party..jimat kan???hahaha anak sapa lah bakhil pandai jimat ni..ish2

party ni hanya adalah private party okay…hanya org2 yang dijemput sahaja boleh turut serta..dan tetamu2 nya terdiri dari aku..abg boy..adik emy..nenek..akak n husband serta kak lisa bibik mak ku…btl2 private kan….

 

20062010148

“happy F n B-day to abah n mak”. F –father, B- birthday…

20062010153

juadah nye hanya la kek secret recipe…dan juga kfc…itu sahaja aku mampu buat masa sekarang..jadila kan…..20062010157

mak memotong kek…20062010158    since abah sgt la seksi menunjukkan body yang tuff ketika meniup lilin…maka terpaksa la aku letak gamba abg boy memotong kek diserta abah dibelakang nya…

selamat hari ayah untuk abah…

dan selamat hari jadi yang ke 53 buat abah dan mak..

kami sayang abah mak sgt2……

terimakasih atas perngorbanan kalian

barongan

dulu aku just dgr apa itu barongan..hanya pandang di kaca mata tv sahaja…

namun 30 mei lepas..aku kesempatan lihat dgn mata sendiri..ni semua terjadi..bila aku follow hantar pengantin ke batu pahat johor…to bad since aku hanya berkesempatan untuk lihat pada suku akhir upacara barongan tu….

but im lucky coz si dia telah snap gambar tarian tu untuk tontonan aku..hehehehe..tq pakcik muncit…

since 1st time kan aku tgk..maka jakun la aku ni…macam kera baru masuk bandar….hehehe ada ke peribahasa tu..karam signh walia sila check kan..kekekek

DSC04142

pengantin diarak dgn kuda kepang..DSC04148

 DSC04125

 DSC04126

 DSC04127

 DSC04129

 DSC04130

 DSC04132

 DSC04133

 DSC04134

 DSC04135

 DSC04136

 DSC04137 aku tak tau lah apa simbolik barongan ni..yang pasti ada si merak..ada kuda kepang..ngan gendang..ada juga si perempuan dan laki…yang lain sila pakcik google ada jawapannya

Wednesday, June 16, 2010

cerita gigi ku

aku pelik..

kenapa orang mengeluh sampai mintak mc..demam bila sakit gigi..its just a teeth..kecik je..napa ada yang sampai demam, sampai bercuti bagai…

sebab aku tak pernah kena sakit gigi yang teruk…ada pon hanya gusi ku membengkak dan bila jumpa dentist..dentist cabut..sudah hilang sakit..

tumbuh gigi bongsu pon aku tak sakit..tau2 eh ada gigi tumbut lah….

so aku pelik bila orang ngadu pasal sakit gigi ni…sampailah baru ku terkena baru2 ini..

gigi bongsu belah kiri ku tumbuh senget..halfpart dlm gusi..so ada gap antara gigi tu ngan gigi len..lama2 berlubang..

aku just realise bila dah teruk..dah sakit teruk sampai gusi aku bengkak dan luka..lebih sakit dari kena ulser..bila makan asyik tergigit je luka tu…dah lebih seminggu dah sakit..

parah lak semalam..gusi belah kanan ku lak bengkak..aku tak tau pasal apa..i think sebab gigi bongsu aku gak la…sedih…nak makan tak boleh..nak kunyah xboleh..so terpaksa la aku puasa makanan keras2..kena makan benda2 yang xmemerlukan ku kunyah…sedih…………..

baru ku paham..macam mana sakit bila sakit gigi….

padan muka aku…..

Thursday, June 10, 2010

bila pandang sebelah mata..

bila kawan yang dulu rapat..teman bergurau senda…tapi akhirnya..menjadi seolah2 orang asing dalam hidup kita..sedihkan bila terjadi..rasa macam 1 kerugian..

aku ingat dulu..seorang teman..yang rapat..yang aku blh bergurau senda..boleh berjenaka..namun mula menjauhkan diri..bila mana..aku terperosok di kelas paling hujung di sekolah ku semasa menginjak tingkatan 5..sungguh sedihkan..

dimana ketika itu..keputusan penggal akhir addmath ku 12%, kimia ku cukup2 makan..fizik ku gagal..dan hanya berbangga bila bahasa melayu ku, math moden, lukisan kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan sahajay yg cemerlang…

bodonya budak ni..maybe itulah pandangan dia pada ku..lalu dia jauhkan dirinya dari ku..huhu tak mengapalah..tak nak kawan sudah..

kerna budak bodoh ini maybe tak layak nak berkawan dengan kau..tapi kau tau tak..kerana pandangan kau yang begitu pada aku la..aku menjadi bangkit…sehingga aku takut jika setiap sem ada yang aku kena repeat..so jika carry mark aku rendah..aku pulun final..supaya aku pasti aku mulakan sem baru dengan tidak merepeat paper..dah alhamdulillah aku berjaya juga abiskan degree aku on time..

bukan aku nak berbangga..tapi aku betul2 terkesan dengan orang yang ego nya begini…maybe sebab aku telah diajar berkwn tidak mengira darjat pangkat pendidikan so aku jadi rimas…

pelik bila setiap kali tengok fb..ada new feed dr dia..tapi sekadar pandang lalu..mcm xkenal pon..huh!!..

aku benci orang hipo!!!