Friday, October 29, 2010

potong air…

aishh…

apartment aku ni ada problem lak sekarang ni yerk…

 

lewat petang semalam

on the way balik ke rumah…

terasa lain macam…ingin sahaja sampai ke rumah waktu itu gak…

sebab aku tak tahan mahu membuang air kecil…

damn..time kat ofis tak de lak dia nak membuang..

 

 

solution??

singgah petrol pump, cari tandas??

nop!! aku jenis sanggup tahan sampai ke rumah kalau tandas yang aku masuk tu tak mencapai standard piawaian kebersihan aku…mana2 pergi tandas la aku titik beratkan…lau kotor..memang spoil the mood leh kena batu karang pastu tahan nak membuang…

so terpaksa la pecut balik rumah…

dan2 lak time sampai ke simpang entrance apartment tu..ada sekatan jalan raya..damn..lagi 1 hal..tak penah2 orang tahan kete depan apartment..dah hired new guard ke??

berderet kereta..aku lak dah terkepit2 sopan bawak kete…rupanya2 depa bg notis..SYABAS dah potong bekalan air..pulak dah…

 

perasaan??

mahu nangis jam tu gak..kalau dah potong..macam mn aku nak membuang wei….tensen sungguh..tapi stil mengharap..naik rumah..campak beg..campak kasut..masuk tandas..bukak paiip…

 

 

fuhhhhhhhhhhh lega…air ada…tak kena potong pon..

kuar tandas baca balik notis…mmmm malas nak layan la…tengok air ada je…

 

bikin saspen jer la notis!!!!

Wednesday, October 27, 2010

im just afraid

kata orang tak ketemu kejayaan jika tak lalui kegagalan

bila seorang kawan cuba untuk menjadi orang tgh bg mengenalkan aku dengan kawannya yg lain..aku terima dengan hati terbuka..kerna bagi ku..kawan biar seribu..musuh jgn dicari..

namun injak masa perkenalan..aku menjadi takut..takut untuk terus berkawan..jika suatu hari nnt persahabatan ini membawa 1 perasaan lain…

dan sebenarnya aku takut untuk mengharap lagi..takut untuk membuka peluang untuk diri dan sesiapa sahaja yang berkenaan merasa perasaan itu…

ye! org cakap tak cuba tak tau..tapi aku masih tak berani untuk mencuba dan mengambil resiko ini…

aku harap selama permergian dia untuk beberapa ketika ni..buat aku lebih bersifat neutral dan bersahaja sebagai seorang kawan

Monday, October 25, 2010

Ya Allah

love this song..untuk renung-renungan dikala ditimpa musibah

 

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku

Tuesday, October 19, 2010

cikgu ku

bagi aku…ada tiga jenis cikgu dalam mengajar tentang kehidupan..

  1. cikgu yang mengajar melalui pegangan dan prinsip..sbg contoh..dia ajar hormat orang tua..agar hidup diberkati..itu pegangan dia…dan tak penah dia langgar!
  2. cikgu yang mengajar melalui pengalaman dan teladan..bagi cikgu ni lak..dia suatu ketika dulu pernah jadi anak derhaka..dan sengsara sebab tu..so dia ajar kita utk tidak ulang sikap dia
  3. cikgu yang mengajar melalui prinsip tin kosong..ini pulak ajar hormat orang tua..sebab harap yg muda lg hormat dia..tapi dia sendiri tak hormat yang lebih tua..

antara tiga cikgu ini..aku hanya mahu menuntut dengan yang pertama dan kedua sahaja..dan aku paling banyak buat reference dengan cikgu kedua sebab dia lebih memahami situasi itu untuk buat aku yakin akan sesuatu..

fuhhh..abis dah berfalsafah…saja je aku nak bebel pasal cikgu ni..sebab aku bosan dan meluat..sebab ada orang ajar aku untuk berjimat cermat…beli barangan tempatan..fikir untuk masa depan..tapi diri sendiri bila bershopping resit mengalahkan yellow pages..yang kalau window shopping tak pandang barang buatan tempatan..paling azab..semua mahu dari oversea..tak kisah la dari negera sebelah pon takpe..asal oversea…tin kosong je wei orang ni..umpama KETAM AJAR ANAK BERJALAN!!!!

Je suis affamé

im starving for bubble milk tea…

dok terpikir2 pasal milk tea sampai terganggu kerja…tapi aku sungguh malas nak menapak ke mines atau warta untuk beli milk tea..maybe tunggu blk melaka this weekend..beli kat RnR seremban tak pun kat dataran pahlawan…..eh mula dah nak membebel..ok2 cerita balik…

i hate milk tea since i kenal dunia was small..

but this one the only exception..

maybe sebab dah ditambah dengan flavour lain..so rasa milk tea yang pahit tu dah kurang..

dan yang paling utama black pearl  tu yang menambat hati aku..

lagi banyak banyak black pearl lagi tambah yummyyyyy!!!!

Pearl-Milk-Tea my choice mestila chocolate takpun yam..bila boring dengan milk tea..tukar lak ngan ice blanded..yang penting black pearl tak tinggal..

sebenarnya  aku ada rahsia pasal milk tea ni..dulu masa mula2 kenal milk tea ni..sangat la jakun..sampai aku terpikir black pearl ni adalah sama dengan bubble2 yang ada dalam pasu bunga atau pokok hiasan di atas meja makan…

DSC01147 cantik kan bubble dia warna warni..beli biji2 kecik..rendam dalam air..then kembang jadi bubble dalam pasu tu!!

nasib baik masih berfikiran waras tak pergi ngap bubble dalam pasu bunga..sungguh bangang inesen kan..ok!!!tolong simpan rahsia saya!! ingat biar pecah dimata jangan pecah dimulut…

sebelum sambung kerja…nak bagi trivia hari ini:

black pearl atau pon bubble ni sebenarnya nama dia tapioca pearl..dan juga dikenali as starch ball…dan boleh didapati di kedai2 menjual alat2 menjual kek atau supermarket2 yg terpilih jika terasa nak buat bubble tea sendiri… 

sumber-sumber gambar: pakcik google

Wednesday, October 13, 2010

harga nyawa hanya rm1000

101010…orang sebok nak tengok persandingan kayangan Dr SMS and Dr halina…dah jadi isu semasa dah wedding dia orang sampai hampir setiap hari surat khabar..forum..facebook status sehinggalah rancangan tv cerita pasal dia orang kan..

tapi rupanya..start je petang 101010..persandingan tu dah tak jadi berapa semasa…orang sibuk cerita pasal kemalangan dekat plus highway kat simpang ampat…

sungguh kesian and rasa pilu bila tengok kemalangan yang sebegitu ngeri skali…ni semua gara2 bas yang dipandu laju..

aku ni memang jaki sikit banyak dengan bus ekspress ni (mentang2 lah dah tak naik bus ekspress)..cukup2 menyampah dengan sikap pemandu kat tengah2 highway…mentang2 la bus tu besar..dan dollah aku kecik…suka sangat nak cucuk2 aku even aku dah bawa laju melebihi had laju..siap bg hon n highbeam lg..padahal bus hanya blh bawa 90km/h..even kadang aku bawa kat fast lane di cucuk nya..dah bawak kat the slowest lane pon dicucuk nya..tak pikir ke berapa nyawa dalam bus tu…

dan tadi aku baca pape syarikat bus tu bg sagu hati rm1000 kepada mangsa yang meninggal dunia…mungkin untuk meringankan beban..tapi bagi aku..untuk keluarga ni..rm1000 tu mungkin dalam situasi ini hanya 10sen jer…ni nyawa beb..nyawa…even dibayar sejuta pun dah tak bermakna..

cuba bayangkan yang meninggal itulah yang akan mengubah nasib keluarga..tak pun ibu bapa yang selama ini menanggung family..aku tau cliche benda ni..tp kenyataan..rasa2 cukupkah rm1000 tu untuk tanggung family tu selepas ini..cukupkah rm 1000 tok ubah nasib keluarga dia orang…aku lihat seolah2 1 nyawa tu hanya rm1000..

bab camni ada kawan aku selalu pesan..nak buat jahat buat la..jgn nak susahkan orang lain..kalau nak mati..pergi mati sorang2 jangan bawa orang lain skali…aku tau kasar..tapi betul apa dia ckp..ni sebab kecuaian dreber bas…orang lain pun terlibat sama jadi mangsa…

lepas ni mula lah NGO, ahli politik, segala mcm orang suggest mcm2..implement tu..implement ini…tapi aku percaya…tunggu jela tahun depan..suggestion tu hanya tinggal suggestion..dr 100 suggestion mungkin tak sampai 10% dilaksana..tapi lama2 hal lama macam ni berbangkit balik..bukan tak pernah berlaku musim bus kemalangan…macam segala mak nenek keluar suggestion tapi tak nampak pon improvement..aku tengok bus semakin raja di highway….

eh panjang lak aku emo arini..tapi tulah tepuk dada tanya la dreber2 bus..berapa banyak lg mangsa dia nak…baru nak paham dia di amanahkan untuk membawa nyawa orang..bukan anak patung!!!

Friday, October 8, 2010

** geram **

** mood geram **

** minggu lepas maybank2u **

** arini lak yahoo email **

** esok apa lagi **

** semua mahu di block **

** ok sudah lepas geram **

Wednesday, October 6, 2010

mengapa tak pandai masak??

nak tau tak sebab saya tak berapa pandai masak???

sebab masa kecik2 tak ada alat permainan masak2 seperti ini…

sungguh comel!!!! terasa mahu jadi kanak2 balik!