Wednesday, October 13, 2010

harga nyawa hanya rm1000

101010…orang sebok nak tengok persandingan kayangan Dr SMS and Dr halina…dah jadi isu semasa dah wedding dia orang sampai hampir setiap hari surat khabar..forum..facebook status sehinggalah rancangan tv cerita pasal dia orang kan..

tapi rupanya..start je petang 101010..persandingan tu dah tak jadi berapa semasa…orang sibuk cerita pasal kemalangan dekat plus highway kat simpang ampat…

sungguh kesian and rasa pilu bila tengok kemalangan yang sebegitu ngeri skali…ni semua gara2 bas yang dipandu laju..

aku ni memang jaki sikit banyak dengan bus ekspress ni (mentang2 lah dah tak naik bus ekspress)..cukup2 menyampah dengan sikap pemandu kat tengah2 highway…mentang2 la bus tu besar..dan dollah aku kecik…suka sangat nak cucuk2 aku even aku dah bawa laju melebihi had laju..siap bg hon n highbeam lg..padahal bus hanya blh bawa 90km/h..even kadang aku bawa kat fast lane di cucuk nya..dah bawak kat the slowest lane pon dicucuk nya..tak pikir ke berapa nyawa dalam bus tu…

dan tadi aku baca pape syarikat bus tu bg sagu hati rm1000 kepada mangsa yang meninggal dunia…mungkin untuk meringankan beban..tapi bagi aku..untuk keluarga ni..rm1000 tu mungkin dalam situasi ini hanya 10sen jer…ni nyawa beb..nyawa…even dibayar sejuta pun dah tak bermakna..

cuba bayangkan yang meninggal itulah yang akan mengubah nasib keluarga..tak pun ibu bapa yang selama ini menanggung family..aku tau cliche benda ni..tp kenyataan..rasa2 cukupkah rm1000 tu untuk tanggung family tu selepas ini..cukupkah rm 1000 tok ubah nasib keluarga dia orang…aku lihat seolah2 1 nyawa tu hanya rm1000..

bab camni ada kawan aku selalu pesan..nak buat jahat buat la..jgn nak susahkan orang lain..kalau nak mati..pergi mati sorang2 jangan bawa orang lain skali…aku tau kasar..tapi betul apa dia ckp..ni sebab kecuaian dreber bas…orang lain pun terlibat sama jadi mangsa…

lepas ni mula lah NGO, ahli politik, segala mcm orang suggest mcm2..implement tu..implement ini…tapi aku percaya…tunggu jela tahun depan..suggestion tu hanya tinggal suggestion..dr 100 suggestion mungkin tak sampai 10% dilaksana..tapi lama2 hal lama macam ni berbangkit balik..bukan tak pernah berlaku musim bus kemalangan…macam segala mak nenek keluar suggestion tapi tak nampak pon improvement..aku tengok bus semakin raja di highway….

eh panjang lak aku emo arini..tapi tulah tepuk dada tanya la dreber2 bus..berapa banyak lg mangsa dia nak…baru nak paham dia di amanahkan untuk membawa nyawa orang..bukan anak patung!!!

0 comments:

Post a Comment