Thursday, December 30, 2010

balik kepada alam semulajadi…

bila kebosanan tak tahu nak buat benda…mula la tergedik2 memujuk untuk jd teman daki bukit broga..hampir 3 minggu memujuk..maka pujukan aku berjaya juga last sunday!! dengan semangat waja dan kental..dan juga muka yang excited nak menujuk puncak..bertolak dalam kol 8pg..

DSC05373

muka budak excited yang tak tahu seksa yang bakal dilalui…

DSC05379  dari jauh nampak pemandangan yang cantik..mau ajar berkhemah disitu sepanjang tahun…lawaaaaDSC05386

sebelum mula mendaki…owh 1.7 km je..apadahal… tak jauh pon… aku mampu naik dengan fit nye kata diri dengan bongkak!!DSC05401 baru 15 minit mendaki…hamikkk kau…pancit di tengah jalan..tula tuhan mara cakap bongkak!!!

DSC05429 oh masih jauh lagi ker????apa ada 4 puncak perlu didaki..ni belum sampai puncak pertama…DSC05480

akhirnya berjaya sampai ke puncak paling tinggi di dunia broga hill..tengok sampai tercabut tapak kasut budak ini ketika mendaki…kesian!

DSC05439 penat lelah penderitaan telah terbalas dengan menikmati pemandangan sebegini!!!

DSC05438

terima kasih yer..teman kan mek puding saya mendaki broga dengan jayanya

DSC05535

lepas mendaki..alangkah seronoknya dapat berendam merehatkan sendi2 yang overtime ini…maka tiba la ke sini

DSC05544   muka budak yang tak reti-reti penat..dah di ajak pulang pon tak mahu..dah kena ugut nak kena tinggal baru mahu pulang…huhuhu!!

Thursday, December 23, 2010

hari yang malang

hari ni..terlebih rajin pagi2..bangun pagi2..

teringin pakai baju kurung…pastu siapkan bekal tok perut di ofis…

mula la melenggang kangkung ke kereta…

dengan gaya mutu dan keunggulan…tekan alarm kereta…

tapi kereta tak unlock…dalam hati dah mula merungut..pulak da alarm ni…nak nyumpah seranah da ni…

10minit kesabaran..tekan2 tak buka2..then ketuk2 alarm..kononnya nak bagi bateri alarm charge..sapa ntah ajar gitu???

tekan lagi tak buka2..mula la kelam kabut..jam dah pukul 945…meeting pukul 11…

mula la nak menangis..lalu hp dicapai..mengadu pada yg patut…di beri sedikit semangat untuk mencuba lagi…

tiba2 ada jeritan diatas…jengah2..akak busybody jerit

“dik, ko tak ttp lampu kereta ke smlm??”

“yeke??”lalu mengintai2 kedalam kereta…

pulak dah….dari petang semalam dia menyala..memang la tak leh nak buka..bateri kong dah ni….

mula terasa mau menangis…hp diangkat..tepon pada yang boleh bantu…

lalu di rescue oleh oyuki…dan hari ni oyuki jadi hero penyelamat dunia…

1st time bawa oyuki…enjin mati ntah berapa kali..malu tak yah ckp la..sib baik tak de ajak racing..ahahaha

sampai ofice..ingatkan boleh la bernafas lega dalam aircond..tapiiiiiiiiiiii electricity tak da…

malang kan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!111

sabar jelah…….haishhhhhhhhhhhhhh

Friday, December 10, 2010

Anak ARTIS

A quick conversation between abang boy and me bout football match..

me: kenapa malaysia kalah gitu ngan indonesia..

boy: tula sapa suruh asik nak harap laki artis je

me: tunang artis kan ada?

boy: tu lagi tak leh harap

me: but artis cakap dia orang hebat

boy: itu sebab dia belum tengok anak ARTIS main lagi..

me: erkkk perasan la ko!!!

hahaaha..maybe korang tak paham..but who closed to my family will understand this joke..cause i alway used “anak ARTIS” bila gurau ngan orang gak..hahaha…

then people will terpinga-pinga percaya atau tidak je..and i will walk away proudly from them…lol

Wednesday, December 1, 2010

doorgift kahwin

sekarang ni musim orang kahwin kan…aku pon tahun ni dah berapa puluh majlis kahwin dah aku jejak…pecah rekod beb!!!sebab sebelum2 ni..boleh dibilang ngan jari tangan…tak sempat nak sambung ngan jari kaki lagi dah masuk tahun baru..tapi tahun ni..kena jadi driver mak kan..bawa pergi majlis kahwin orang bila abah busy..so conclusionnye..gemuk makin gemuk la aku ni….hehehehe

 

aku pergi majlis orang..pertama aku tengok makanan depa..hehehe..time2 camni lah nak makan nasi minyak kan…time lain susah jumpa..tapi bukan aku nak cerita pasal nasi minyak ni…aku nak cerita pasal benda kedua ni…

 

benda kedua aku tengok mestilah doorgift..atau kat kampung aku orang panggil “berkat”..kalau zaman dulu2 semua pakat bagi telur rebus..mak aku cerita..time kecik2 dulu..pakat kumpul telur rebus orang kahwin yang nenek aku bawa balik..pastu buat lauk esok hari..yela mak aku orang susah…tapi sekarang kalau orang bagi telur..budak2 main campak2 sahaja…tak pandang depa telur ni…

 

sekarang trend bagi cenderehati bagai..macam tuala sapu tangan yang dah dibentuk2 jadi comel, bagi cawan la…bagi kipas la..macam2 kan…aku actually suka je dapat doorgift ni..excited nak lihat apa benda orang bagi..tapi sayang gak la… tak semua doorgift yang berbentuk cenderahati ni..berguna..macam pembaziran yang berganda..

beli doorgift mahal2 dah membazir kan..dah tu orang tak leh nak pakai..berganda la pembaziran kan…macam tuala kecik tu..aku kalau dapat..buat penuh almari solek je..pastu nanti ilang main dek budak kecik..nak guna..tp dah kalau lipat comel2 pastu letak gam gajah…tak ke haru aku nak buka guna..aja berlubang tuala tu..

tak pon orang bagi cawan..aku sangat suka!!!sebab aku leh guna nak minum..tapi kalau kasi cawan comel2 kecik ala2 cawan teh jepun tu..buat perhiasan jela..dah tak terlarat nak sumbat dalam almari display mak aku..dah penuh…

haritu aku dapat placemat..tapi 1 je setiap orang..usually orang pergi berdua..so dapatla dua placemat kan..tapi sayang..aku dok simpan je dalam almari lagik!! sebab tak cukup nak guna letak kat atas dining table…rugi kan..kalau nak wat candle light dinner nanti boleh pakai kot..hahaha…

so aku rasa kalau nak bagi doorgift bagi la sumtin yang berguna supayan pembaziran tu tak la double bazir kan..hehehehe

 

p/s: aku suka doorgift maya karin dulu..bagi mentol lampu..memang orang kutuk..tapi atleast lampu terbakar boleh gunakan…heheheh

Wednesday, November 24, 2010

im so stupid

kali ni aku rasa…aku buat sumtin stupid..agak keterlaluan bagiku…dan terasa sangat2 la diri ni begitu bodoh…

 

terasa sungguh nyesal la pulak..tu orang tua2 cakap..terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata…nak tarik macam mana wei…

 

aisehhh…jadi serba salah aku ni hah…gara2 cemburu dan jeles..sampai tak reti nak pikir baik buruk..tindak melulu je…

 

camne lah tak leh nak fikir akibat..mau ada salah faham lak pasni…

 

adehhhhhhhh…right now..hati debar2..kena mintak maaf cepat ni…hukhukhuk

 

mood serabut dan tak sihat..dan mood pungguk merindukan bulan

Sunday, November 21, 2010

3 minggu lagi

 

 

 

 

aku tak tau..mana datang kekuatan tok kali ini…

this time around..aku rasa aku lebih matang menghadapi situasi begini..

which aku lebih tenang dan selesa…tidak seperti dulu..menggelabah..tak senang duduk mcm kucing mati anak,..

dan aku tahu..aku mampu untuk laluinya untuk 3 minggu yang mendatang..seperti yang aku dah berjaya tok seminggu ini…oh tangga barat..cepat la ko siap

dan aku still harap..ia tak kan menjadi 3 mggu..harap sangat2 ia lebih pendek dari ituuuu!!!!!!!!!!!

 

 

 

 

 

p/s: dollah rindu sangat pada oyuki..ayat double meaning. :)

Saturday, November 20, 2010

kekasih dollah <3

saja je nak kasi tau…

dollah dah ada girlfriend baru…

which is bukan dr malaysia..

huhuhuhu..aku jeles….

nama dia oyuki…asal dari japan….

DSC00104

 

 

 

 

sekarang dollah tak kesunyian lagi..

kaknam suka!!!!!!!!!!!!

Friday, October 29, 2010

potong air…

aishh…

apartment aku ni ada problem lak sekarang ni yerk…

 

lewat petang semalam

on the way balik ke rumah…

terasa lain macam…ingin sahaja sampai ke rumah waktu itu gak…

sebab aku tak tahan mahu membuang air kecil…

damn..time kat ofis tak de lak dia nak membuang..

 

 

solution??

singgah petrol pump, cari tandas??

nop!! aku jenis sanggup tahan sampai ke rumah kalau tandas yang aku masuk tu tak mencapai standard piawaian kebersihan aku…mana2 pergi tandas la aku titik beratkan…lau kotor..memang spoil the mood leh kena batu karang pastu tahan nak membuang…

so terpaksa la pecut balik rumah…

dan2 lak time sampai ke simpang entrance apartment tu..ada sekatan jalan raya..damn..lagi 1 hal..tak penah2 orang tahan kete depan apartment..dah hired new guard ke??

berderet kereta..aku lak dah terkepit2 sopan bawak kete…rupanya2 depa bg notis..SYABAS dah potong bekalan air..pulak dah…

 

perasaan??

mahu nangis jam tu gak..kalau dah potong..macam mn aku nak membuang wei….tensen sungguh..tapi stil mengharap..naik rumah..campak beg..campak kasut..masuk tandas..bukak paiip…

 

 

fuhhhhhhhhhhh lega…air ada…tak kena potong pon..

kuar tandas baca balik notis…mmmm malas nak layan la…tengok air ada je…

 

bikin saspen jer la notis!!!!

Wednesday, October 27, 2010

im just afraid

kata orang tak ketemu kejayaan jika tak lalui kegagalan

bila seorang kawan cuba untuk menjadi orang tgh bg mengenalkan aku dengan kawannya yg lain..aku terima dengan hati terbuka..kerna bagi ku..kawan biar seribu..musuh jgn dicari..

namun injak masa perkenalan..aku menjadi takut..takut untuk terus berkawan..jika suatu hari nnt persahabatan ini membawa 1 perasaan lain…

dan sebenarnya aku takut untuk mengharap lagi..takut untuk membuka peluang untuk diri dan sesiapa sahaja yang berkenaan merasa perasaan itu…

ye! org cakap tak cuba tak tau..tapi aku masih tak berani untuk mencuba dan mengambil resiko ini…

aku harap selama permergian dia untuk beberapa ketika ni..buat aku lebih bersifat neutral dan bersahaja sebagai seorang kawan

Monday, October 25, 2010

Ya Allah

love this song..untuk renung-renungan dikala ditimpa musibah

 

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku

Tuesday, October 19, 2010

cikgu ku

bagi aku…ada tiga jenis cikgu dalam mengajar tentang kehidupan..

  1. cikgu yang mengajar melalui pegangan dan prinsip..sbg contoh..dia ajar hormat orang tua..agar hidup diberkati..itu pegangan dia…dan tak penah dia langgar!
  2. cikgu yang mengajar melalui pengalaman dan teladan..bagi cikgu ni lak..dia suatu ketika dulu pernah jadi anak derhaka..dan sengsara sebab tu..so dia ajar kita utk tidak ulang sikap dia
  3. cikgu yang mengajar melalui prinsip tin kosong..ini pulak ajar hormat orang tua..sebab harap yg muda lg hormat dia..tapi dia sendiri tak hormat yang lebih tua..

antara tiga cikgu ini..aku hanya mahu menuntut dengan yang pertama dan kedua sahaja..dan aku paling banyak buat reference dengan cikgu kedua sebab dia lebih memahami situasi itu untuk buat aku yakin akan sesuatu..

fuhhh..abis dah berfalsafah…saja je aku nak bebel pasal cikgu ni..sebab aku bosan dan meluat..sebab ada orang ajar aku untuk berjimat cermat…beli barangan tempatan..fikir untuk masa depan..tapi diri sendiri bila bershopping resit mengalahkan yellow pages..yang kalau window shopping tak pandang barang buatan tempatan..paling azab..semua mahu dari oversea..tak kisah la dari negera sebelah pon takpe..asal oversea…tin kosong je wei orang ni..umpama KETAM AJAR ANAK BERJALAN!!!!

Je suis affamé

im starving for bubble milk tea…

dok terpikir2 pasal milk tea sampai terganggu kerja…tapi aku sungguh malas nak menapak ke mines atau warta untuk beli milk tea..maybe tunggu blk melaka this weekend..beli kat RnR seremban tak pun kat dataran pahlawan…..eh mula dah nak membebel..ok2 cerita balik…

i hate milk tea since i kenal dunia was small..

but this one the only exception..

maybe sebab dah ditambah dengan flavour lain..so rasa milk tea yang pahit tu dah kurang..

dan yang paling utama black pearl  tu yang menambat hati aku..

lagi banyak banyak black pearl lagi tambah yummyyyyy!!!!

Pearl-Milk-Tea my choice mestila chocolate takpun yam..bila boring dengan milk tea..tukar lak ngan ice blanded..yang penting black pearl tak tinggal..

sebenarnya  aku ada rahsia pasal milk tea ni..dulu masa mula2 kenal milk tea ni..sangat la jakun..sampai aku terpikir black pearl ni adalah sama dengan bubble2 yang ada dalam pasu bunga atau pokok hiasan di atas meja makan…

DSC01147 cantik kan bubble dia warna warni..beli biji2 kecik..rendam dalam air..then kembang jadi bubble dalam pasu tu!!

nasib baik masih berfikiran waras tak pergi ngap bubble dalam pasu bunga..sungguh bangang inesen kan..ok!!!tolong simpan rahsia saya!! ingat biar pecah dimata jangan pecah dimulut…

sebelum sambung kerja…nak bagi trivia hari ini:

black pearl atau pon bubble ni sebenarnya nama dia tapioca pearl..dan juga dikenali as starch ball…dan boleh didapati di kedai2 menjual alat2 menjual kek atau supermarket2 yg terpilih jika terasa nak buat bubble tea sendiri… 

sumber-sumber gambar: pakcik google

Wednesday, October 13, 2010

harga nyawa hanya rm1000

101010…orang sebok nak tengok persandingan kayangan Dr SMS and Dr halina…dah jadi isu semasa dah wedding dia orang sampai hampir setiap hari surat khabar..forum..facebook status sehinggalah rancangan tv cerita pasal dia orang kan..

tapi rupanya..start je petang 101010..persandingan tu dah tak jadi berapa semasa…orang sibuk cerita pasal kemalangan dekat plus highway kat simpang ampat…

sungguh kesian and rasa pilu bila tengok kemalangan yang sebegitu ngeri skali…ni semua gara2 bas yang dipandu laju..

aku ni memang jaki sikit banyak dengan bus ekspress ni (mentang2 lah dah tak naik bus ekspress)..cukup2 menyampah dengan sikap pemandu kat tengah2 highway…mentang2 la bus tu besar..dan dollah aku kecik…suka sangat nak cucuk2 aku even aku dah bawa laju melebihi had laju..siap bg hon n highbeam lg..padahal bus hanya blh bawa 90km/h..even kadang aku bawa kat fast lane di cucuk nya..dah bawak kat the slowest lane pon dicucuk nya..tak pikir ke berapa nyawa dalam bus tu…

dan tadi aku baca pape syarikat bus tu bg sagu hati rm1000 kepada mangsa yang meninggal dunia…mungkin untuk meringankan beban..tapi bagi aku..untuk keluarga ni..rm1000 tu mungkin dalam situasi ini hanya 10sen jer…ni nyawa beb..nyawa…even dibayar sejuta pun dah tak bermakna..

cuba bayangkan yang meninggal itulah yang akan mengubah nasib keluarga..tak pun ibu bapa yang selama ini menanggung family..aku tau cliche benda ni..tp kenyataan..rasa2 cukupkah rm1000 tu untuk tanggung family tu selepas ini..cukupkah rm 1000 tok ubah nasib keluarga dia orang…aku lihat seolah2 1 nyawa tu hanya rm1000..

bab camni ada kawan aku selalu pesan..nak buat jahat buat la..jgn nak susahkan orang lain..kalau nak mati..pergi mati sorang2 jangan bawa orang lain skali…aku tau kasar..tapi betul apa dia ckp..ni sebab kecuaian dreber bas…orang lain pun terlibat sama jadi mangsa…

lepas ni mula lah NGO, ahli politik, segala mcm orang suggest mcm2..implement tu..implement ini…tapi aku percaya…tunggu jela tahun depan..suggestion tu hanya tinggal suggestion..dr 100 suggestion mungkin tak sampai 10% dilaksana..tapi lama2 hal lama macam ni berbangkit balik..bukan tak pernah berlaku musim bus kemalangan…macam segala mak nenek keluar suggestion tapi tak nampak pon improvement..aku tengok bus semakin raja di highway….

eh panjang lak aku emo arini..tapi tulah tepuk dada tanya la dreber2 bus..berapa banyak lg mangsa dia nak…baru nak paham dia di amanahkan untuk membawa nyawa orang..bukan anak patung!!!

Friday, October 8, 2010

** geram **

** mood geram **

** minggu lepas maybank2u **

** arini lak yahoo email **

** esok apa lagi **

** semua mahu di block **

** ok sudah lepas geram **

Wednesday, October 6, 2010

mengapa tak pandai masak??

nak tau tak sebab saya tak berapa pandai masak???

sebab masa kecik2 tak ada alat permainan masak2 seperti ini…

sungguh comel!!!! terasa mahu jadi kanak2 balik!

Thursday, September 30, 2010

i have a confession to make

i miss this guy when i saw his picture..

i excited when he smile and laughing when listen to my “mulut becok”…

i melt when he starring at me…

i think i fall in love once again…

i heart this handsome cute guys

encik rayyan..

DSC04508

and now he start to smile…

DSC04778

see how happy he is..

DSC04773

wait..u need to see this…he laughing when i talked to him..macam orang dah ada gigi!!

DSC04781 last but not least, aunty e.t and rayyan..hehehe..

DSC04757

raya = makan

setiap kali raya..mesti ada drama swasta berlaku..

tahun ni pon sama gak..ada je drama swasta..but since aku pon takmo ingat drama swasta tanpa bayaran tu..maka tak perlu lah cerita kan…

kita cerita je lah yang best2 pasal raya…

raya kali ni agak berbeza..since arwah nenek dah tiada..dulu time pepagi..sibuk lah kami adik beradik siapkan nenek sebelum siapkan diri sendiri..mandikan..pakaikan baju raya..dandan kan dia…so kali ini siapkan diri sendiri..akak pon dah ada suami..lain la kan raya this time..

tak banyak aktiviti raya ni actually since cuti tak lama..selain makan makan dan makan..sampai turun naik 2 kg..sedih!!!then naik cuti pergi conference..so tak banyak nak cerita…so kita cuci mata jela ek!!!hahaha best la sgt cerita raya ko ard!

sebelum beraya kena amik gambar gedik dulu..ni aku amik masa almost 30min nak letak eyeliner..hahaaha..jangan pelik!!!

DSC04479

next baru boleh amik gambar ayu sambil dikurangkan keayuan oleh si emy..

DSC04483 since dah tiada bibik kat rumah..terpaksa guna selftime..dan inilah hasil gambar di pagi raya sebelum kelam kabut pergi beraya rumah nenek!

DSC04498

raya kedua lak..kita buat bbq!!hehehe..kumpul lagi bersama keluarga…meriah!

DSC04534 menu bbq: nasi lemak, ayam, sosej, ikan, udang dan juga daging rusa..ini semua segar dari tawau since abah ke tawau sblm raya..asal pergi tawau je..mesti borong seafood and daging rusa..and cuba teka menu rebutan semua..tentula daging rusa!!sedap!

DSC04563 then raya ketiga pula beraya sesama kawan..ini pon tak dirancang..since malam raya kedua semua ckp cancel..tup2 tengah melantak kat open house yb..diorang cakap nak amik!

biasalah ahli wajib nak cukupkan korum..tak da aku tak lengkap wei….

DSC04629

ni jela orang2 nye dari reramai2..sadisnya!! DSC04640

tu jela kot rentetan raya ku..oh lupa..raya ke empat lak kenduri rumah makcik..makan sate celup..dan berakhir raya aku sementara..tapi disambung lepas conference dengan attended open house sini sana..maka terjawabla kenapa aku naik 2 kg…

pape pon..walau dah nak hujung2 raya…still aku nak wish..

SELAMAT HARI RAYA  DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN KAT SEMUA…

Thursday, September 2, 2010

wajib support barang buatan tempatan..

sempena hari kemerdekaan yang ke 53…so kena la entry pon patriotik skit kan…

aku sebenarnya peminat tegar coklat…tapi bersyarat…aku hanya minat chocolate makan tu..kek chocolate..or air chocolate..TAPIIIIII…bukan aiskrim coklat…dan juga air susu coklat…(jgn konpius chocolate drink ngan chocolate milk ok!!!)

but..kali ni..ada lagi 1 pengecualian..aku hanya minum susu coklat yang mak beli setiap minggu..orang tu akan anta kat sekolah mak..sebab ia tak semanis choc milk yang berada dipasaran dan juga rasa susu coklatnya tak pekat sehingga melekat rasanya di tekak..biasa aku kena cuci tekak sampai kembung perut nak ilangkan manis n pekat nya…

mesti korang tertanya2 apa la susu ajaib tu kan….tadaaaaaa!!!!

ni lah susu tu..segar dari ladang..ni hasil perniagaan orang tempatan..kalau ingat dulu2 masa kecik ada jual susu lembu kat pejabat haiwan merlimau..yang pelbagai rasa…hah boleh imagine la rasa susu in…

21082010383

  selain susu tersebut…dia juga jual susu dalam botol besar….macam dalam botol bawah ni..aku admire lembu kat label botol ni..comel!!!!21082010384

selain perasa coklat..dia ada perasa jagung, vanilla dan juga strawberry…tapi feberet aku jagung ngan coklat…sodap!!!!..hah tengok la stok susu seminggu kami…banyak kan..penuh 1 peti sejuk..sebab mak cakap..susu baik untuk kesihatan tulang..nanti tulang tak cepat rapuh..tu sebab kami suka minum susu…

26082010393

gambar selingan…malam merdeka aku makan aiskrim ni..sungguh nostalgia..kecik2 buka peti sejuk arwah nenek curi amik banyak2 satu makan…pastu kena marah ngan nenek sebab nanti budak datang nak beli…dah abis cucu dia belasah…

30082010414tengok bertapa patriotik nya saya sempena merdeka ini…hehehe..rumusannya…belilah barangan buatan malaysia..sebab ia sangat2 sedap!!!! kalau tak..takkan la orang yang dok luar negara tu still kempunan nak makan makanan malaysia kan…

promotiontanpabayaran:mak cakap susu ni boleh didapati di mydin2 yang berdekatan dengan anda..so sila lah ke mydin…

ucapankaknam: selamat menyambut merdeka…merdeka2 jugak..puasa jangan tinggal

diari ramadhan adisti

uishhh hampir sebulan xupdate blog ni…tapi update ke xupdate bukan ada orang baca..tp ada aku kisah orang tak baca..sebab main reason aku keep blogging…sebab its fun when i read all my entries back sambil terkenang2 segala mak nenek memory..so i think its should be enuff to make me keep blogging..

untuk menjawab kenapa aku tak berkarya merepek kat blog ini adalah sebab ini:15082010358

dan ini…  1508201036115082010360  

eh pe benda tu kan???heheheehe…1 macam songkok..lagi 1 macam nak wat samosa kan??

sebenarnya bulan august ni..aku busy..teramat la busy…selain mengejar target date aku nak menghabiskan master..sambil tu mencari duit poket lebih untuk beraya..actually benda ni tak planning..but datang tiba2 untuk menolong akak dan mama aku…kalo mak dah kaki bisness..mana tak tumpah bakat kalau bukan kat anak kan??

dan inilah hasilnya….

15082010359

oh ya..ni songkok bukan hasil craftangan aku..ni hasil kerja akak aku..ye!!! xperlu pelik..akak aku tauke songkok..perniagaan tradisi keluarga mak aku..dari nenek aku ke pakcik2 then ke cucu cicit…majoriti berniaga songkok…so aku ni jadi bidan terjun sebab tukang jahit tepi songkok menolak untuk menjahit di saat genting nak bersalin.. so kerja aku seperti gamba atas jahit tepi songkok..its not fun..sakit tangan..

30082010415 ini pulak hasil kuih raya buatan aku..dengan quality di control oleh puan artis mak aku..ni pon since tempahan kuih ditutup awal..tp sebab permintaan menggalakkan..so aku diamanahkan tok buat kuih ni…chewaahhh…mula2 its fun..but bila berbotol2 dah dibuat..ia menjadi tidak seronok..bosan dan penat..bila penat mula cepat nak marah..baran pon sukar dikawal..

so now baru aku tau betapa sukarnya orang2 yang mencari sesuap nasi..kais pagi makan pagi..kais petang maakan ptg..sebab selama ni aku berkerja..walau penat macam mana..still dalam aircond..still di kerusi empuk..still boleh melayan fb…

so sekarang aku ada duit nak beraya…yeay!!!!!

notamercunbuluh: nak wish selamat menyambut ramadhan…hehehe hope tak terlewat….selamat mengejar keberkatan ramadhan…

Thursday, August 5, 2010

1 pergi..1 datang..

kadang2..bila Allah tarik 1 nikmat..Dia gantikan dgn 1 nikmat yang lain..

satu ketika dulu..bila aku putus cinta…down giler sampai pointer drop..aku agak sukar dpt tempat untuk tempat prektikel..sehinggalah aku mintak tlg dari lecturer..rentetan dr pertolongan itu aku dapat sambung master…

Dan sekali lagi Allah tarik nikmat bercinta aku…

dalam sekelip mata nikmat itu ditarik tanpa aku tahu sbb musabab yg munasabah..mulanya aku jadi seperti mencari salah siapa..sehingga aku membawa diri ikut mak ngan ayah ke mersing..kebetulan mereka pergi atas urusan kerja..lalu aku mintak mereka membawa ku bersama..last minutes request..

ayah seperti faham gelora hatiku..ibu pula seperti bersimpati dengan anaknya..maka aku dibawa bersama…di sana aku seperti biasa mencari ketenangan di pantai..cuba mencari semangat yg hilang..

hasil dari permergian aku ke mersing..aku 1 lg nikmat Allah beri pada ku..aku harap ia akan membawa aku makin dekat dengan impian dan angan2 aku selama ni.

Thursday, July 8, 2010

Assalamualaikum

Assalamualaikum….

Maksudnya salam sejahtera keatas kamu…wahh baguskan maksud nya..tapi kita kalau jumpa orang or jawab panggilan telefon…mesti didahulukan dengan

“hai”,

“hello”,

“hey”

kalo nak lagi cute sibuklah nak guna bahasa korea jepun bagai..”moshi2” la..apa la…

sama gak aku ni..hahaha kutuk orang tapi tak sedar diri kan..aku kalau jumpa member2..jumpa orang..

”hai”,

“eh limah”,

“oit dollah”…

kalau jawab telefon lak…

“hello, assalamualaikum”..

hello dulu baru aku bagi salam..apa la ard terbalik dah….patut bagi salam dulu baru hello…tapi dah habit mmg sukar kan nak di ubah..dulu lagi teruk..jawab telefon..just hello je..salam xde..tapi dulu konon nak riak alim skit..praktik la bagi salam…mmg ngaku time tu ada perasaan riak bila bg salam jwb telefon..tak senonohkan perangai..tapi lama2 aku jadi ikhlas dan terbiasa..so riak tu dah tiada..

tapi aku perasanan..bila aku bertembung ngan pak2 arab kat uniten ni…terutama sekali Basim, Phd student Dr. Bashir..jumpa aku dari jauh..dah ckp assalamualaikum..then tanya kabar..sopan kan mukadimah nak ajak berborak…jumpa member mereka pon gitu gak..

ni pak arab depan meja aku ni..jawab telefon…bg salam dulu…takde hello hello…bila dengar pon..terpikir..eh jrg aku dgr org bg salam dulu jwb telefon..termasuk aku ni hah…sopan je kan mukadimah perbualan mereka..nak habiskan perbualan pon dengan salam…

kita ni yang kengkonon nya terkenal sbg rakyat sopan santun dan peramah..main hello2 je..hai2 je..kalau kat melaka lagi kasar kan…cuba korang cakap korang asal melaka…mula2 la org luar buat lawak..mukadimah macam ni:

“celaka ko leman..lama xnampak…aku ingat ko dah mampos..”

tapi serius wei..aku orang melaka..tapi jrg dah aku jumpa orang bahasa sekasar ini…mungkin org luar je pikir kitaorg ini sgtla kasar..

so…kena la ubah kan mukadimah…bagi salam dulu..mari praktikkan jom….

notakakiseparabusuk:aku paling tak suka orang bila bg salam menggunakan singkatan a’kum la, semekom la, komkom la..apa2 jela…nak jawab pon aku terbantut..lari dak maksud nye..kalau malas sgt nak type just type salam je..lg elok…sama maksud ngan Assalamualaikum…org nak jwb pon yakin la!!

Monday, July 5, 2010

Muhammad Rayyan Eberechukwu

Pernah saya cakap..saya suka baby??

yup..i love baby so much…aku pernah berangan..jika aku mampu..aku nak amik anak angkat..bela sendiri..mesti live will be more meaningful that time kan..mandikan baby..pakaikan baby baju yang comel..bawa pergi jalan2…boleh hias bilik baby chomel2..like this one

or this..

sumber gambar: pakcik google

ok enough with your daydreaming ard..jangan lari topik…

I got a new nephew..erm can i call he as my nephew..please…please..actually he is my cousin's son..kak ija..born on 26jun 2010..his mom was admitted in hospital muar for about 2months i guess..atas sebab plasenta bawah..

ok i dont ever now that..kalau plasenta bawah..merbahaya to the baby..till my mum explain to me…hurm..pity my cousin..kena tinggal kat hospital sorang2..ikut dr, patut operation pada 8july..which is 2 more day..tapi baby tak sabar nak keluar..so here is come Muhammad Rayyan Eberechukwu B. Samuel Mgbechukwu. Rayyan tu nama salah sebuah pintu syurga..while eberechukwu tu lak..mengikut mummy dia..god mercy dalam bahasa africa..unikkan nama dia..macam nama auntie dia gak..

DSC04227

DSC04224 comel kan anak sedara aku ni…time aku jumpa dia..kuat sangat tidur…hurm…kali ni..lain sikit perasaan aku..yup aku memang dah ramai anak sedara..so sepatutnya biasa2 aja perasaan dapat anak sedara baru kan..tapi kali ni aku terlebih excited..maybe sebab aku lebih rapat dengan mummy rayyan ni berbanding dengan sedara yang lain..so terasa macam i got a new nephew laaaa…macam anak buah sendiri je…

bila excited mula la terpikir2 nak belikan hadiah yang macam2..so 27 jun aku pergi mahkota parade sementara tunggu abang boy habis perkhemahan..cadang nak beli baju comel untuk si comel..boleh nanti pakai hari raya..tapi bila masuk kedai baby..aku jadi speechless..terasa kekok..tengok saiz yang ada…amatlah kecik2…terasa macam tak muat je rayyan pakai nanti..so tak jadi la beli..then aku belikan rayyan softbook..cute sangat2 softbook ni..27062010215 actually aku dah lama usha softbook…memang dah lama jatuh hati dengan softbook..tapi sebab takda baby..so tak leh beli..so bila cancel nak beli baju tok rayyan…ternampak lak softbook ni..terus la grab..acik harap..nanti bila dah besar…rayyan rajin membaca..

bila tengok barang baby..terus jadi rambang mata..cute sangat..geram tengok…mesti mummy rayyan lagi excited tengok barang2 baby kan…wahhh…nak balik kampung cepat jumpa rayyan..last weekend tak dapat jumpa..rayyan masuk hospital kena demam kuning..so tak dapat nak lawat..

Rayyan tunggu acik balik k!!!!!

notakakibusuk: cerita kat mak pasal tengok saiz baju baby..which aku sangat musykil kenapa sgt2 la kecik..mak kerut dahi..tanya saiz apa ko tengok..0-6month..lalu mak gelak guling2..tanya dah tu saiz apa patut pakai..errkkkk 1 tahun maybe…6blnnya saiz kecik sangat laaaa…(aku saja yg mushkil or mmg semua kedai salah letak saiz baju baby)

Sunday, July 4, 2010

im zorro

pada suatu pagi ahad..di cuti sekolah…

saya bangun seperti biasa bersama2 kawan lain..tapi kawan2 semua taknak dekat ngan saya..mereka cakap..saya pembawa virus…mereka takut mereka terkena jangkitan juga…

saya sedih..saya asyik bersin dan juga mata saya asyik berair..saya sakit..saya demam…dalam meratap sedih dipulaukan kawan..tiba2 ada seorang abg gemuk ngan mama dia dtg mengambil saya..lalu membawa pergi jauh dari kawan2 tadi..

saya dibawa pulang kerumah mereka..situ saya gembira dapat bertemu dengan kakak saya..si pekung..dan juga jejaka tampan jaguh kampung si dina…mereka sangat2 friendly..walau saya sakit..sy pembawa virus selesema..mereka tetap kawan dengan saya..

saya dimandikan oleh abg ini  gemuk tadi dengan air panas..sungguh segar badan saya..21062010178

saya di bawa bermain bersama dengan kakak saya dan jejaka pujaan saya itu..saya diberi nama zorro sebab kata abg boy..muka sy bertopeng seperti zorro..lagi pun saya seekor kucing yang kuat dan macho….

saya sgt gembira dengan family baru saya..saya harap suatu hari nanti saya akan jadi kucing yang berjaya dalam hidup…

ok kawan2..time untuk saya makan ubat….pergi dulu

Sunday, June 27, 2010

saya pemandu perempuan…

selalukan dengar ayat cliché

“perempuan ni reti start enjin kereta..pastu jalan..lain tak tau”

“ala perempuan mana reti bab kereta2 ni”

btl ke pandangan tu??mmg betul pon…bak kata pakcik muncit..kalau aku bawa kereta..aku bawa kereta mcm perempuan..tahu pakai je..jaga tak reti…

tapi mmg aku perempuan pon kan..hehe

dulu aku pernah cerita yang battery kereta kong..aku belajar dari kawan aku tukar sendiri..rupanya..senang aja…lepas ni aku mampu tukar sendiri…

dan kali ini pula…kereta ayah ku punya tayar pecah…semasa dalam perjalanan mengambil beliau dr klia…actually kedai tayar hanya 500m dr tempat kejadian..tapi untuk mengelakkan rim bengkok..terpaksa la tukar tayar..

tapi nak suruh sapa…adik aku??mak aku??

hummm last2 driver perempuan ni gak terkial2 nak tukar..yang kelakar…aku naikkan jet dulu..then baru terpikir macam mana nak buka skru tayar…asal putar..tayar putar skali..so turun jet balik..

orang cakap buat kerja bodoh ulang 2-3 kali benda sama..dah nama perempuan bawa kereta kan…serba serbi xtau..tapi ok what..aku tahu cara nak tukar tayar….

cuma since kudrat aku tak kuat..tekan2 X shape playar tu (eerr betul ke nama dia) still gak xlonggar skru..nasib baik tukar kat petrol pump..nampak ada pakcik tgh isi myk..asked for his help..rupanya..dia lagi tak tau tentang tukar tayar..bagus lagi pemandu perempuan yang tak tau apa2 ni kan??bangga

panggil la mamat pam attendant tolong buka kan…rupanya..silly mistake..aku pergi tighten up the screw..bkn loosen it pon…hahahaa ko big mistake la..ni mmg kena admit aku mmg konfius arah mana buka screw…dari dulu lagi…

19062010137

ok since dia dah tolong…sama2 la kami menukar tayar..aku bagi arahan..then dia tlg laaa…jadi mandur…since dia pon terkial2..so we figure out together macam mana nak tukar..

finally berjaya juga..terus pergi ke kedai tayar yang sekankang kera tadi..mintak ketatkan screw..mana tau aku td tighten tak kuat…

dan paling best…dapat pujian lagi dari tauke kedai tu…

“bagus eh lu pandai tukar tayar..perempuan selalu pandai bawa jer..”

see cliche kan…perempuan selalu pandai bawa jer…..hurmmm tu zaman dulu la..sekarang perempuan pon dah independant..so jangan pandang kami sebelah mata….

penangan world cup

apa pasal ek..aku tengok keputusan match this time merepek meraban??ok2..first aku tak minat bola..aku bukan jenis sabar duduk depan tv tunggu bola gol..hati aku dup dap dup dap tunggu pasukan pilihan aku main..macam nak jatuh jantung..so untuk mengelakkan aku kena heart attact..aku lebih rela baca result je..dari dok depan tv…

tapi kan..aku mmg terasa sgt2 dengan penangan world cup ni..

1st..awal2 bln ritu sblm world cup..ada 1 membe ajak tgk wyg..tapi sbb aku ni tak gaji masa tu..postpone.bila aku dah gaji minah kaya sebentar..aku ajak tgk wyg..dibalas nye

“nak tgk match malam tu..kita kua lg sebln yerk..”

ekeleh…1bln lg..cita tu da abis laaaaaaa…baik tgk cd cetak rompak je gitu….

2nd…tv kat umah aku rosak…tv tu actually dah 2-3 kali rosak..bila rosak..kita org cakap ngan ayah bl tv baru la..tak larat dong nak angkat tv besar gedabak ni hantar pergi apek betul tv…21062010174apek cina pun cakap tv ni dah lama wooo..berat sgt…tapi ayah cakap..

“tak elok membazir..selagi boleh guna..kita guna..orang lain ada yang xmampu nak beli tv pon”

so terpaksa la kami tgk csi, kdorama, berita, dan cerita yang best hanya di tv sekecik ini sambil mengecik2 kan mata untuk melihat semua ada dlm screen..

21062010184 tv game abg boy lagi besar ok dar tv ini…tp penangan world cup ni..bila tv aku tak boleh nak on lansung pada suatu masa di musim bola…terus dapat tv baru21062010183bila tanya ayah..kenapa tak repair dl..kan bazir bl tv baru..ayah cakap

“lambat nak repair tv..tengok bola tv kecik tak puas”

3rd lak..bila kita orang terkandas dalam kesesakan di lebuh raya..ayah kerap telefon abang boy yang tggl seorg di rumah..tapi bukan bertanya kabar..atau risau..hanya bertanya..

“holand menang ke kalah, berapa dah gol?”

itu belum termasuk lagi agenda meronggeng di malam hari..asyik terbantut sahaja bila abg boy/abah rushing nak balik tgk bola..

bila dari pagi sampai malam..asyik tengok siaran ulangan bola sahaja…seolah2 rumah aku tiada channel lain selain bola….

so konklusinya…world cup mmg ada sihir..buat semua org demam bola…

Wednesday, June 23, 2010

kimia

aku jatuh cinta dengan lagu ini…

berbunga2 setiap kali aku dengar

Monday, June 21, 2010

do it yourself…

kalau dah nama perempuan..mesti suka sgt accessories kan…

so pe kata kita buat sendiri gelang tangan kita…

bahan2 yang diperlukan adalahDSC04213

gegelung dawai..dan butir mutiara….DSC04221 jangan dilupa pula spanar2 nya…tengok playar ni sama je kan bentuk nya….

DSC04209

spanar A muncung dia berbentuk bulat..untuk membengkok kan dawai… DSC04206

playar B..yang seakan2 playar A tapi leper di dalam..untuk mengetip or mengelip/ mengemaskan kemasan.. DSC04208playar C yang tajam digunakan untuk memotong dawai…

dan langkah2 nya ialah:

  1. potong gegelung beberapa lingkaran menggunakan playar C..mengikut citarasa anda nak berapa panjang gelang tersebut..
  2. kemudian..bengkokkan sedikit ujung dawai tersebut menggunakan playar A dan kemas kan dengan mengetip mengguna playar B…DSC04211
  3. then mula lah aktiviti memasukkan mutiara ke dalam gegelung dawai itu sehingga kehujung lagi 1..DSC04214
  4. dan apabila selesai proses tersebut..matikan hujung dawai tersebut dengan mengulang proses 1 kembali

DSC04215

dan akhirnya..gelang sudah siap untuk di pakai…DSC04217

dan ini adalah antara hasil kerja tangan ku….

DSC04219

selain mutiara..boleh juga gunakan batu2 cristal….DSC04071  mudah je kan..kalau mahu lebih kreatif…boleh sahaja buat perlbagai jenis dan bentuk gelang dan brooch seperti ini

DSC04074

DSC00310

DSC04223

tapi semua tu hanya mak sahaja yang pandai buat..sebab aku tak belajar lagi..hehehe…DSC04070 tgk my mum busy menyiapkan tempahan2 gelang yang diterima nya…pasti customer dia puas hati..sebab segala tempahan disiapkan mengikut kehendak dan keselesaan customer..jika terdapat complain dr costumer..akan diperbaiki dengan free…sebab tu lah mak selalu dapat tempahan gelang dan brooch…….so kalau berminat boleh tempah ngan emak..dijamin puas hati..hehehehe..siap promote lagi tuuuuuu