Wednesday, December 1, 2010

doorgift kahwin

sekarang ni musim orang kahwin kan…aku pon tahun ni dah berapa puluh majlis kahwin dah aku jejak…pecah rekod beb!!!sebab sebelum2 ni..boleh dibilang ngan jari tangan…tak sempat nak sambung ngan jari kaki lagi dah masuk tahun baru..tapi tahun ni..kena jadi driver mak kan..bawa pergi majlis kahwin orang bila abah busy..so conclusionnye..gemuk makin gemuk la aku ni….hehehehe

 

aku pergi majlis orang..pertama aku tengok makanan depa..hehehe..time2 camni lah nak makan nasi minyak kan…time lain susah jumpa..tapi bukan aku nak cerita pasal nasi minyak ni…aku nak cerita pasal benda kedua ni…

 

benda kedua aku tengok mestilah doorgift..atau kat kampung aku orang panggil “berkat”..kalau zaman dulu2 semua pakat bagi telur rebus..mak aku cerita..time kecik2 dulu..pakat kumpul telur rebus orang kahwin yang nenek aku bawa balik..pastu buat lauk esok hari..yela mak aku orang susah…tapi sekarang kalau orang bagi telur..budak2 main campak2 sahaja…tak pandang depa telur ni…

 

sekarang trend bagi cenderehati bagai..macam tuala sapu tangan yang dah dibentuk2 jadi comel, bagi cawan la…bagi kipas la..macam2 kan…aku actually suka je dapat doorgift ni..excited nak lihat apa benda orang bagi..tapi sayang gak la… tak semua doorgift yang berbentuk cenderahati ni..berguna..macam pembaziran yang berganda..

beli doorgift mahal2 dah membazir kan..dah tu orang tak leh nak pakai..berganda la pembaziran kan…macam tuala kecik tu..aku kalau dapat..buat penuh almari solek je..pastu nanti ilang main dek budak kecik..nak guna..tp dah kalau lipat comel2 pastu letak gam gajah…tak ke haru aku nak buka guna..aja berlubang tuala tu..

tak pon orang bagi cawan..aku sangat suka!!!sebab aku leh guna nak minum..tapi kalau kasi cawan comel2 kecik ala2 cawan teh jepun tu..buat perhiasan jela..dah tak terlarat nak sumbat dalam almari display mak aku..dah penuh…

haritu aku dapat placemat..tapi 1 je setiap orang..usually orang pergi berdua..so dapatla dua placemat kan..tapi sayang..aku dok simpan je dalam almari lagik!! sebab tak cukup nak guna letak kat atas dining table…rugi kan..kalau nak wat candle light dinner nanti boleh pakai kot..hahaha…

so aku rasa kalau nak bagi doorgift bagi la sumtin yang berguna supayan pembaziran tu tak la double bazir kan..hehehehe

 

p/s: aku suka doorgift maya karin dulu..bagi mentol lampu..memang orang kutuk..tapi atleast lampu terbakar boleh gunakan…heheheh

0 comments:

Post a Comment