Friday, January 29, 2010

sharing is caring

kini hobi ku membaca..

aku tengah berusaha menghabiskan cerita ketika cinta bertasbih..novel ini betul2 membuat aku terpikat..betul membuat aku berfikir..walau masa aku limited untuk membaca..masih ada lagi separuh buku…tetap gigih gak aku cuba menghabiskan buku setebal kamus dewan ini..

ada 2 perkara menarik minat aku dalam novel ni(sampai bab yang aku dah baca la..mungkin lepas ni akan lg bertambah)

first..bab dimana anna anthafulnisa meletakkan syarat pada furqan jika nak kahwin..syarat dia adalah..suami tidak blh berkahwin/berpoligami selagi anna mampu menjalankan tugas sbg isteri..rupanya benda ni dah dibahaskan oleh para ulama..dan dibolehkan..dan ini bukan mengharamkan poligami..sebab anna tidak mengharamkan cuma tidak membenarkan selagi dia mampu untuk jadi isteri yg baik..so kalau dijadikan dia tak mampu menjalankan tugas sbg isteri..maka dibolehkan berpoligami..bagi aku lak..

ini memelihara hak wanita agar tidak menjadi mangsa lelaki untuk berpoligami tanpa sebab dan menjadikan laki lebih bersikap adil..dan menunjukkan betapa indahnya Islam..so syarat ni aku kira mungkin boleh digunakan untuk berkahwin kelak..

2nd..ini yang paling terkesan pada aku..dimana ayah anna menasihati anna agar mengkaitkan kejadian didlm kehidupan kita dengan mendapat keberkatan Allah..ni masa insiden anna kene marah ngan ibunya kerna leka membaca sampai tidak peduli anak sedaranya suruh potong mangga kot..sampai terluka tangan sikecil itu…so ayah dia pon cakap la..itu baru ibu yang marah..cuba Allah marah pada kita..tidak mahu dengar doa dan keluhan kita..tidak pedulikan kita apa akan terjadi??.

so aku terfikir..bila si empunya diri tidak peduli aku..ignored my msg..marah n merajuk pada aku..aku sedih..rasa bimbang..gelisah..tidak keruan..dan aku pon terpikir itu baru seorg hamba Allah buat macam tu pada ku..jika lah Allah murka pada aku..dan tidak memperdulikan lagi diri aku..tidak mahu mendengar doa ku lagi..apa akan jadi pada diri aku..mana tempat untuk ku mengadu dan berharap..Ya Allah sungguh kerdil dan lemah hamba MU..tak sanggup aku membayangkan..semoga Allah mengampuni dosa2 ku..aku tidak mahu menjadi hamba yang rugi….

p/s: maybe ada ralat dalam aku bercerita ni sbb  dikala ni buku itu tiada di depan mata..so tak boleh ku rujuk..hehe..kalo ada salah yang aku sampaikan..sila tegur..aku insan yang lemah

1 comments:

Post a Comment