selalukan dengar ayat cliché
“perempuan ni reti start enjin kereta..pastu jalan..lain tak tau”
“ala perempuan mana reti bab kereta2 ni”
btl ke pandangan tu??mmg betul pon…bak kata pakcik muncit..kalau aku bawa kereta..aku bawa kereta mcm perempuan..tahu pakai je..jaga tak reti…
tapi mmg aku perempuan pon kan..hehe
dulu aku pernah cerita yang battery kereta kong..aku belajar dari kawan aku tukar sendiri..rupanya..senang aja…lepas ni aku mampu tukar sendiri…
dan kali ini pula…kereta ayah ku punya tayar pecah…semasa dalam perjalanan mengambil beliau dr klia…actually kedai tayar hanya 500m dr tempat kejadian..tapi untuk mengelakkan rim bengkok..terpaksa la tukar tayar..
tapi nak suruh sapa…adik aku??mak aku??
hummm last2 driver perempuan ni gak terkial2 nak tukar..yang kelakar…aku naikkan jet dulu..then baru terpikir macam mana nak buka skru tayar…asal putar..tayar putar skali..so turun jet balik..
orang cakap buat kerja bodoh ulang 2-3 kali benda sama..dah nama perempuan bawa kereta kan…serba serbi xtau..tapi ok what..aku tahu cara nak tukar tayar….
cuma since kudrat aku tak kuat..tekan2 X shape playar tu (eerr betul ke nama dia) still gak xlonggar skru..nasib baik tukar kat petrol pump..nampak ada pakcik tgh isi myk..asked for his help..rupanya..dia lagi tak tau tentang tukar tayar..bagus lagi pemandu perempuan yang tak tau apa2 ni kan??bangga
panggil la mamat pam attendant tolong buka kan…rupanya..silly mistake..aku pergi tighten up the screw..bkn loosen it pon…hahahaa ko big mistake la..ni mmg kena admit aku mmg konfius arah mana buka screw…dari dulu lagi…
ok since dia dah tolong…sama2 la kami menukar tayar..aku bagi arahan..then dia tlg laaa…jadi mandur…since dia pon terkial2..so we figure out together macam mana nak tukar..
finally berjaya juga..terus pergi ke kedai tayar yang sekankang kera tadi..mintak ketatkan screw..mana tau aku td tighten tak kuat…
dan paling best…dapat pujian lagi dari tauke kedai tu…
“bagus eh lu pandai tukar tayar..perempuan selalu pandai bawa jer..”
see cliche kan…perempuan selalu pandai bawa jer…..hurmmm tu zaman dulu la..sekarang perempuan pon dah independant..so jangan pandang kami sebelah mata….