Monday, May 10, 2010

bila ku lihat kedai itu…

jika kau sebaya dengan ku..

ingat tak masa kecil2 dulu..kita main tikam2..beli kad 20 sen tak silap aku..then kita buka..ada keluar no..pastu pergi la tengok nombor tu kena ke tak pada barang2 yang ditawarkan..time tu aku main..aku target pistol air..beli sampai abis 2 ringgit tak dapat gak..balik rumah mak marah..mak cakap ..haram..masa dulu aku tak paham..lalu mak terang baru ku paham dan serik main lagi..

so bila aku yang suatu ketika kecil dulu boleh dengan mudah memahami apa itu nombor ekor…aku pelik kenapa orang dewasa susah nak paham..NOMBOR EKOR adalah HARAM..

melihat lagak manusia2 keluar masuk kedai nombor ekor ketika menunggu emak membeli bawang di kedai sebelah yang super duper murah..menjadi tumpuan ramai kedai bawang tersebut terutama di waktu pagi ahad mak2 membawa anak2 ke kedai..

malu aku melihat gelagat orang di sebelah kedai bawang ini..lagak macam melihat bursa saham..meneliti keputusan2 nombor2 ekor..malu aku melihat mereka menaiki motor buruk tapi mengharap kekayaan dari nombor ekor itu…

lagi aku malu bila melihat mereka terdiri dari orang2 melayu yg beragama islam..yang tau judi itu haram..lagi-lagi malu aku bila melihat mereka itu sudah makin meningkat usia..yang selayaknya bercucu..rumah kata mari kubur kata pergi..sorry jika aku berkasar..tapi mereka sendiri tak sedar diri..

malu bila tengok anak2 kecil menunggu ibu masing2 sibuk memilih bawang..menjengah melihat gelagat atuk2 yang mungkin juga kawan pada atuk mereka membeli nombor ekor dan juga meneliti ‘bursa saham’..

yang lagi aku malu..bila aku bilang dengan jari..hampir kesemua yang keluar masuk itu orang melayu..dan berumur…lalu..aku tunduk menyorokkan diri dalam kereta..kerana seketika aku malu sekaum dengan mereka…..

0 comments:

Post a Comment